• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Terowong: Perkira Lapor Polis Terhadap Guan Eng

oleh AK-47
09/03/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Parti Ekonomi Rakyat Malaysia (Pekira) akan membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung kes projek terowong dasar laut di negeri itu.

Presiden Pekira, Datuk Mohd Ridzuan Abdullah berkata laporan tersebut akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur pada minggu depan susulan maklumat diterimanya berhubung kes tersebut.

“Dalam isu ini, sebelum ini, Pekira pernah terima maklumat tetapi ada pihak lain telah menyampaikan maklumat itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Maka kita tunggu masa sahaja (untuk buat laporan polis),” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini hari ini.

Mengenai permohonan pendaftaran Pekira dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), Mohd Ridzuan berkata parti itu akan bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam masa terdekat berhubung perkara itu.

Mohd Ridzuan berkata walaupun pendaftaran Pekira masih belum diluluskan RoS, namun parti yang mempunyai kira-kira 25,000 anggota di seluruh negara, akan digembleng bagi membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) berkata Pekira juga telah menghantar borang untuk menjadi anggota gabungan BN, awal minggu ini.

“Pekira berharap pucuk pimpinan BN dapat mempertimbangkan perkara ini supaya gerak kerja kita pada PRU14 berjalan lancar, kerana selain anggota Pekira, Ikhlas juga mempunyai 180,000 anggota di seluruh negara,” katanya.

Mohd Ridzuan turut mendedahkan terdapat cubaan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk menarik Pekira menyertai Pakatan Harapan (PH).

“Mereka sudah tiga kali bertemu dengan saya dengan yang terbaharu pada hujung tahun lepas. Bagaimanapun, kita yakin BN akan bekerjasama sepenuhnya dengan Pekira pada PRU14,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kes TerowongPresiden Pekira Datuk Mohd Ridzuan Abdullah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Selalu ‘Hilang’, Caprice Tak Nak Promosi Lagu Ke?

Next Post

Tuduh Speaker: Tiga MP DAP Perlu Diambil Tindakan

Related Posts

Terowong: Datuk Seri Dibebas Dengan Jaminan RM150,000

11/03/2018
0

PUTRAJAYA - Ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' yang direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima suapan RM19 juta bagi menutup...

SPRM Buru Individu Ke-2 Rasuah Tutup Kes Terowong

02/03/2018
0

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengenal pasti individu kedua yang disyaki menerima sejumlah wang bagi menutup kes...

Next Post

Tuduh Speaker: Tiga MP DAP Perlu Diambil Tindakan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd