Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Musa Aman Angkat Sumpah...

KOTA KINABALU - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Sabah Tan Sri Musa Aman malam...

Manifesto PRU13 N.Sembilan Tercapai...

SEREMBAN – Kesemua 44 manifesto atau Aku Janji Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan...

Betapa Hinanya Mahathir Di...

KUALA LUMPUR - "Maka jelaslah betapa sangat hinanya Tun Dr. Mahathir Mohamad di...

Ikan Talapia Di Perak,...

Sebelum ini, ada terdengar laporan bahawa ternakan Ikan Patin di jalan Ipoh-Batu Gajah,...

Kes Rogol Melibatkan Remaja Kronik

KUANTAN – Jumlah kes rogol yang direkodkan di negeri ini sepanjang tahun lepas meningkat kepada 163 kes berbanding 134 kes pada 2016.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Rosli Ab Rahman berkata paling membimbangkan 76 kes melibatkan remaja yang merupakan pelajar sekolah berumur 16 tahun ke bawah.

“Kita perlu ingat walaupun ia merupakan kes suka sama suka, apabila melibatkan pelajar atau remaja berumur 16 tahun ke bawah secara automatik ia merupakan kes rogol, apatah lagi sekiranya dipaksa ataupun menerima ancaman.

“Berdasarkan rekod, lebih 40 peratus kes rogol ini dilakukan oleh teman lelaki sendiri diikuti kenalan 32 peratus dan orang yang tidak dikenali sebanyak lima peratus.

“Bagi perogol yang merupakan ayah kandung dan juga bapa saudara pula sebanyak empat peratus,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Muda Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Akar di sini hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Rosli berkata jika sebelum ini kes yang melibatkan golongan pelajar hanyalah buli, kini ia bertambah serius sehingga ada yang terlibat dengan jenayah berat seperti samun, rogol serta pembunuhan.

“Malah polis dan Jabatan Pendidikan juga dapat mengesan kes pengedaran gambar-gambar lucah melalui telefon bimbit dalam kalangan pelajar dan walaupun kes begini adalah kecil, kita tidak pernah memandang ringan.


“Polis akan sentiasa memantau dan mengambil langkah langkah yang perlu bagi membendung gejala tersebut daripada terus menjadi barah di kalangan pelajar,” katanya.

Pada majlis itu seramai 306 pelajar menerima watikah pelantikan pemimpin muda bertujuan memberi pengiktirafan kepada mereka yang dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori