• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Penipuan “Macau Scam” Terus Berlaku Di Sibu

oleh AK-47
06/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Kes penipuan “Macau Scam” terus berlaku di Sibu, dengan terbaharu melibatkan seorang lelaki warga emas yang kerugian RM30,000 pada awal bulan ini.

Mangsa berusia 66 tahun mengadu menerima pesanan talian khidmat pesanan ringkas (SMS) berkenaan caj kad kredit sebuah bank dan diminta menghubungi talian hot line bank itu dengan kadar segera.

Cemas, warga emas itu kemudian terus menghubungi talian itu di mana beliau menafikan pernah memiliki kad kredit itu, namun dimaklumkan bahawa nama serta nombor kad pengenalan beliau telah disalahgunakan pihak ketiga untuk mendaftar kad kredit tersebut.

Beliau kemudiannya menerima panggilan telefon yang menggunakan nombor talian tetap yang mendakwa kononnya dari Bank Negara.

Pemanggil yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai Bank Negara meminta pengadu pergi ke sebuah mesin ATM sebuah bank di bandar ini untuk tujuan menukar kod bar di bahagian belakang kad ATM mangsa sekiranya tidak mahu maklumat peribadi terus disalahgunakan.

“Pada hari yang sama pengadu membuat semakan baki wang dalam akaunnya dan mendapati RM30,000 telah dipindahkan ke akaun pihak ketiga,” kata Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit yang mengesahkan kejadian itu.

Sementara itu dalam kes berasingan seorang kerani wanita berusia 26 tahun kerugian RM5,000 selepas diperdayakan lelaki yang dikenali melalui laman sosial Facebook baru-baru ini.

Lelaki itu memberikan janji manis untuk memberi mangsa barangan berupa beg tangan, jam tangan, barangan kemas dan kasut berjenama.

Pada 2 Mac kira-kira 8.37 pagi mangsa menerima panggilan daripada seorang wanita melalui nombor telefon bimbit bahawa barangan tersebut telah sampai dan meminta mangsa membayar RM5,000 bagi tujuan penjelasan cukai. – BERNAMA

Tags: Macau Scam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Skim Pelaburan ‘5% Setiap Transaksi’ Rupanya Perangkap, RM31 Juta Lesap

Skim Pelaburan ‘5% Setiap Transaksi’ Rupanya Perangkap, RM31 Juta Lesap

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Taktik menjanjikan pulangan lumayan akhirnya memakan diri apabila sekumpulan pelabur warga asing kerugian lebih RM31 juta selepas...

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

06/11/2025
0

CHINA HUKUM MATI KETUA SINDIKET PENIPUAN SEMPADAN MYANMAR – OPERASI “CYBER SLAVERY” DIGEMPUR HABIS-HABISAN Oleh Mynewshub  BEIJING, 6 November 2025...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd