• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Jual Tanah Ijok: Datuk Direman 7 Hari

oleh Ahmad Albab
22/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang pengarah syarikat bergelar Datuk direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes penjualan tanah seluas kira-kira 880 hektar di Ijok, Selangor kepada syarikat pemaju swasta pada harga RM1.18 bilion.

Perintah reman sehingga 28 Mac itu dikeluarkan Majistret Ainna Sherina Saipolamin selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Terdahulu, lelaki berusia 53 tahun itu tiba di mahkamah pada pukul 9.10 pagi dengan memakai pakaian lokap SPRM berwarna jingga dan tangan bergari.

Menurut laporan media, suspek terbabit yang merupakan individu ketujuh direman setakat ini berhubung kes tersebut, baru sahaja pulang dari luar negara pada 2.15 petang semalam.

Lelaki itu kemudiannya, ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada kira-kira 6 petang semalam ketika memberi keterangan.

Selain tangkapan, SPRM dilaporkan turut membekukan sebanyak 43 akaun bank yang dianggarkan bernilai kira-kira RM87 juta berhubung kes tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Semalam, enam individu berumur antara 34 dan 84 tahun termasuk dua individu bergelar Datuk turut direman selama empat hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan kes tersebut.

Kesemua individu itu ditahan di Petaling Jaya, Selangor dan Ibu Pejabat SPRM, di sini antara pukul 12.45 tengah hari dan 4 petang Selasa.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad dilaporkan sebagai berkata siasatan pihaknya merangkumi penerimaan bayaran menerusi transaksi wang kira-kira RM200 juta kepada lima syarikat. – BERNAMA

Tags: Isu Tanah IjokSPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ronaldo Dedah Cerita Di Sebalik Rambut Ikonik 2002

Next Post

Izreen Azminda Kesal Jadi Mangsa Akaun Palsu

Related Posts

Siasatan ‘Ganjaran’ Sapura: SPRM Siasat Tan Sri, Beku 83 Akaun Babitkan Lebih RM158.26 Juta

Siasatan ‘Ganjaran’ Sapura: SPRM Siasat Tan Sri, Beku 83 Akaun Babitkan Lebih RM158.26 Juta

08/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang tokoh perniagaan bergelar Tan Sri disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pengubahan wang haram yang...

3 Pegawai Menteri Kanan Ditahan SPRM?

3 Pegawai Menteri Kanan Ditahan SPRM?

07/05/2025
0

KUALA LUMPUR – Tiga pegawai kepada seorang menteri kanan dipercayai telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini,...

Next Post

Izreen Azminda Kesal Jadi Mangsa Akaun Palsu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd