• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Ganggu Bini Orang: Syamsul Beri Keterangan

oleh
31/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sudah merakamkan percakapan daripada penceramah bebas popular, Syamsul Debat berhubung dakwaan mempunyai skandal dan mengganggu isteri orang.

Ketua Polis negeri, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, pendakwah yang berusia 41 tahun itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di sini pada pukul 11 pagi Jumaat dan memberikan kerjasama penuh.

Menurut beliau lagi, Syamsul atau nama sebenarnya Syamsul Amri Ismail telah selesai memberi keterangan susulan laporan polis yang dibuat oleh seorang lelaki berusia 51 tahun pada Sabtu minggu lalu.

“Polis sudah melengkapkan keterangan semua pihak iaitu Syamsul, pengadu dan isteri pengadu yang berusia 39 tahun. Setakat ini polis masih meneruskan siasatan,” katanya ketika dihubungi pihak media.

Noor Azam bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut apabila ditanya sama ada kes terbabit mempunyai kaitan dengan isu politik kerana Syamsul juga secara kebetulan terlibat aktif dalam bidang siasah.

“Kita masih lagi menyiasat dan akan merujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya sama ada kes ini akan dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan atau pun sebaliknya dia dilepaskan,” kata beliau lagi.

Kes berkenaan mendapat perhatian luas pelbagai pihak apabila ia disiasat di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan kerana memikat wanita yang sudah berkahwin dengan niat melakukan jenayah.

Media baru-baru ini melaporkan polis Negeri Sembilan mengesahkan penceramah bebas itu disiasat selepas seorang pengadu membuat laporan polis di Johor mendakwa beliau mempunyai skandal dan mengganggu isteri orang.

Syamsul kemudian mengadakan sidang akhbar di sini pada 26 Mac lalu menafikan dakwaan kes tersebut dan memaklumkan tidak tahu motif di sebalik laporan yang dibuat pengadu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Syamsul Amri IsmailSyamsul Debat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ceramah Skandal Terowong P.Pinang Dapat Reaksi Hebat

Next Post

Angka Korban Penduduk Palestin Meningkat

Related Posts

Syamsul Debat Nafi Politik Jejas Reputasi Penceramah

25/06/2018
0

TANGGAPAN bahawa arena politik hanya membunuh kerjaya sebagai penceramah dinafikan oleh penceramah motivasi Syamsul Amri Ismail yang lebih dikenali Syamsul...

Boleh Tapi Tak Mahu Watak Kontroversi – Syamsul

25/06/2018
0

BERMULA sebagai personaliti program motivasi dan keagamaan, Syamsul Debat kini sedang diintai oleh ramai pengarah tempatan selepas kemunculannya dalam filem...

Next Post

Angka Korban Penduduk Palestin Meningkat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd