• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Demam Denggi Turun 118 Kes 4-10 Mac

oleh AK-47
21/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes demam denggi bagi tempoh 4 hingga 10 Mac 2018 menunjukkan penurunan sebanyak 118 kes berbanding minggu sebelumnya, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata sebanyak 1,153 kes direkodkan bagi tempoh tersebut berbanding 1,271 kes pada minggu sebelumnya.

Bagaimanapun, jumlah kumulatif kes denggi yang direkodkan mengurang sebanyak 6,822 kes kepada 11,496 berbanding 18,318 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

“Untuk kematian Denggi pula, sebanyak 26 kematian dicatatkan untuk tempoh sama, berbanding 45 kematian dilaporkan pada tahun 2017, penurunan sebanyak 19 kes (42.2 peratus),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata sejumlah 381 lokaliti wabak demam denggi dilaporkan dan terdapat 49 lokaliti hotspot di empat buah negeri.

Dalam pada itu, beliau berkata tiga kes chikungunya direkodkan di Kota Bharu, Kelantan, menjadikan jumlah kes tersebut yang dilaporkan dari Januari hingga 10 Mac adalah sebanyak 40 kes iaitu 34 kes di Kelantan, dua kes di Kedah dan masing-masing satu kes di Sabah, Perlis, Selangor dan Sarawak.

Setakat 10 Mac, pemantauan sistem survelan virus Zika oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan dan Institut Penyelidikan Perubatan mendapati keputusan ujian bagi 376 sampel darah dalam kalangan pesakit menunjukkan gejala jangkitan virus Zika adalah negatif, katanya.

Dr Noor Hisham menyarankan agar orang ramai yang pulang ke kampung atau mengunjungi kawasan perlancongan sempena cuti sekolah ini memastikan tiada bekas atau tempat yang berpotensi pembiakan Aedes ditinggalkan di rumah.

“Jika terdapat takungan air yang besar dan kekal seperti tangki air atau kolah mandi, sila masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (Abate),” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Beli Arak Tiruan – KP Kesihatan

23/09/2018
0

KUALA LUMPUR – Pengguna dinasihatkan supaya tidak membeli arak tiruan yang disyaki mengandungi metanol sebaliknya membeli minuman keras yang mempunyai...

Waspada Tanda Awal Strok Haba

17/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan berwaspada dengan tanda awal serangan strok haba berikutan cuaca panas dan kering yang tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd