• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Campak Kerusi: Wanita Ditahan Hasil Laporan Kimia

oleh AK-47
22/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hasil laporan kimia berhubung kes seorang remaja lelaki mati ditimpa kerusi dipercayai dicampak dari tingkat atas Projek Perumahan Rakyat Seri Pantai, Pantai Dalam, di sini, pada 15 Januari, membawa kepada penahanan seorang suspek wanita muda.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata suspek berusia 23 tahun itu telah disoal siasat dalam tempoh reman dan tiada sebarang pengakuan daripada suspek.

“Pihak Bukit Aman telah merakam dan menyoal siasat melalui kaedah analisis tekanan suara (VSA) tetapi hasil siasatan adalah negatif.

“Suspek telah diberi jaminan bon di bawah Seksyen 118 KPJ di Mahkamah Majistret Jalan Duta, di sini, pada Jumaat lepas. Sehingga kini, tiada sebarang perkembangan terbaru mengenai kes ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mazlan berkata polis masih meneruskan siasatan dan berharap orang ramai yang mempunyai maklumat kes ini hendaklah menyalurkannya kepada polis bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian pada kira-kira 8.10 malam 15 Jan lepas, mangsa S.Sathiswaran, 15, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sebelum ini polis dilaporkan memanggil 43 orang bagi membantu siasatan dan analisis tekanan suara VSA terhadap lima individu yang disenarai pendek mendapati hasilnya negatif. – BERNAMA

Tags: Kes Campak Kerusi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd