• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Anak PM Australia Berundur Tiada Kaitan 1MDB

oleh
17/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOHMAHAN jahat pembangkang di Malaysia cuba mengaitkan pengunduran anak Perdana Menteri Australia konon kerana terlibat dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akhirnya kantoi!

Sebaliknya apa yang berlaku, sekatan urus niaga saham menjadi punca utama Alex Turnbull mengambil keputusan untuk meninggalkan syarikat kewangan antarabangsa terkemuka, Goldman Sachs, di Singapura empat tahun lalu.

Malahan akhbar Australian Financial Review (AFR) dalam laporannya baru-baru ini berkata, anak kepada Malcolm Turnbull itu diarah menghentikan urus niaga dalam saham media dan teknologi berikutan kedudukan bapanya.

Ketika itu tokoh politik Australia tersebut merupakan Menteri Komunikasi di negara berkenaan bahkan isu 1MDB hanya mula dimomokkan pihak pembangkang Malaysia sebagai bahan politik untuk hasut rakyat pada 2016 lalu.

Penjelasan itu dibuat susulan dakwaan Alex pada minggu lalu bahawa antara alasan beliau meletak jawatan konon kerana dilabel sebagai pemberi maklumat selepas mempersoalkan kedudukan firma berkenaan dalam isu 1MDB.

Baca: Parlimen Switzerland Sah Duit Itu Bukan Milik 1MDB

Namun, Alex kemudian menjelaskan kenyataannya itu disalah lapor media tertentu sama seperti kes usul dibawa di Parlimen Switzerland kelmarin menyaksikan cubaan pembangkang putar belit konon ada kaitan 1MDB juga gagal.

Menurut laporan AFR, surat peletakan jawatan Alex pada April 2014 lalu antara lain menyebut bahawa pihak pematuhan memberi tekanan terhadap dirinya kerana mendedahkan maklumat dalaman menerusi media sosial.

Keadaan itu membuatkan Alex berhasrat untuk bekerja di tempat lain pula tanpa perlu menghadapi sekatan ketat seperti sering dilaksanakan Goldman Sachs demi memelihara tahap integriti tinggi firma global ternama tersebut.

Surat yang dihantar menerusi emel berkenaan, dimulakan dengan keluhan Alex berhubung beberapa perubahan yang mengehadkan pelaburan di Australia atas alasan pematuhan sehingga menyukarkan pula tugasnya sendiri.

Goldman Sachs dalam kenyataannya menegaskan bahawa tiada rekod elektronik ditemui berkaitan anak pemimpin Australia itu membangkitkan isu 1MDB atau sebarang tindakan dikenakan ke atasnya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: 1MDBAlex TurnbullGoldman SachsMalcolm Turnbull
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd