• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Aib Polis: Tian Chua ‘Kalah’ Lagi Di Mahkamah!

oleh
02/03/2018
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEWAS JUGA… Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak rayuan Naib Presiden PKR, Tian Chua terhadap sabitan diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, kerana menyebut kata-kata mengaibkan kepada seorang pegawai polis.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Abdul Karim Rahman membuat keputusan itu selepas berpuas hati mengenai sabitan tersebut yang diputuskan oleh Hakim Yasmin Abdul Razak pada 9 Mac tahun lepas adalah selamat.

Mahkamah bagaimanapun menolak rayuan silang pihak pendakwaan untuk menaikkan hukuman denda RM3,000 yang dikenakan terhadap Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 54, sebaliknya mengurangkan jumlah denda kepada RM2,000 atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda.

Pada 9 Mac tahun lepas, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mengenakan denda RM3,000 atau tiga bulan penjara terhadap Tian Chua selepas didapati bersalah menyebut perkataan mengaibkan kepada pegawai polis Petaling Jaya, DSP Glenn A. Sinappah bagi mengaibkan kehormatannya.

Tian Chua didakwa melakukan kesalahan itu di pintu utama lobi Hotel Armada, Petaling Jaya, pada 7.45 malam 14 April 2014 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Anggota Parlimen Batu itu diwakili peguam N.Surendran dan Eric Paulsen sedang berhujah untuk mengurangkan jumlah denda manakala Timbalan Pendakwa Raya Nurul Huda Mohd Nor hadir bagi pihak responden.

Menurut Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, seseorang itu tidak layak menjadi calon sekiranya dijatuhi hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Malahan di bawah artikel yang sama, seseorang wakil rakyat boleh hilang kelayakan sebagai ahli parlimen atau ahli dewan undangan negeri sekiranya dijatuhi hukuman sama. -Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Tian Chua
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tindakan Disiplin Terhadap Tian Chua Hanya Lepas PRU15 – Rafizi

Tindakan Disiplin Terhadap Tian Chua Hanya Lepas PRU15 – Rafizi

05/11/2022
0

Sebarang prosiding tatatertib yang dicadangkan terhadap ahli PKR Tian Chua kerana bertanding sebagai calon bebas di Batu hanya boleh dilakukan...

PRU15: Tanding Bebas Di Batu, PKR Pecat Tian Chua

PRU15: Tanding Bebas Di Batu, PKR Pecat Tian Chua

05/11/2022
0

TAMBUN : Bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua secara automatik dipecat daripada parti berkenaan berikutan tindakannya bertanding atas tiket Bebas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd