• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerana Lagu Baharu, Stacy Masam Muka Dengan Akim?

oleh
18/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ASAM garam perkahwinan, dalam bahagia pasti akan terselit pergaduhan manja antara suami isteri… Tapi, kalau gaduh sebab lagu macam lucu pula.

Penyanyi lincah, Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam telah membocor rahsia bahawa dia pernah bermasam muka dengan suaminya, Akim hanya kerana mahukan lagu berjudul Stereotype yang diciptakan oleh vokalis kumpulan Akim & The Majistret itu.

Bagi Stacy, melodi yang diciptakan oleh Akim itu telah menangkap jiwanya dan disebabkan itu penyanyi lagu Cakap Ke Tangan tersebut telah memujuk suaminya agar diberikan lagu terbabit kepadanya.

Malangnya, walaupun dipujuk oleh isteri tersayang, Akim tetap berkeras untuk tidak menerima pujuk rayu itu.

“Apabila mendengar melodi lagu itu, saya sangat tertarik kerana ia memang ‘makanan’ saya. Lagu terbabit sebenarnya mahu diberikan kepada artis lain, tetapi disebabkan masalah tertentu, ia tak dapat diteruskan.

“Jadi, saya cubalah minta daripadanya, tetapi dia enggan memberikannya kepada saya. Malah, dia lebih rela menyanyikannya sendiri walaupun lagu itu lebih sesuai untuk penyanyi wanita,” katanya dipetik daripada BH Online.

Walaupun ‘sakit hati’, penyanyi berasal dari Kota Kinabalu, Sabah itu tetap tidak akan berputus asa dan masih akan merakamkan semula lagu tersebut suatu hari nanti.

Bagaimanapun, selaku seorang komposer dan juga suami, dia tidak ada sebarang masalah jika Stacy mahu merakamkan semula lagu tersebut selepas ia dilancarkan semalam.

“Saya memang tiada masalah jika ada mana-mana pihak mahukan Stacy menyanyikan lagu itu. Saya pula tidak memberikan naskhah terbabit kepadanya kerana saya mahu mencipta kelainan terhadap muzik kumpulan kami,” ujar Akim ketika majlis pelancaran single dan muzik video lagu tersebut.

Stereotype merupakan salah satu lagu terbitan Rythm & Rhyme Entertainment yang merupakan milik Akim dan Stacy. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: akim & the majistretlagu baharuNetizenstacy anam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Senyap Lebih Baik, Tapi Bukan Makna Setuju” – Elfira

Next Post

Sambutan Hari Lahir Siti Saleha Dipersoal Netizen

Related Posts

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Sebahagian besar pembaca BH dalam tinjauan media sosial memilih usia persaraan dikekalkan kepada 60 tahun. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Next Post

Sambutan Hari Lahir Siti Saleha Dipersoal Netizen

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd