• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Ada Pegangan 30% Dalam Splash?

oleh Ahmad Albab
10/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor mempunyai 30 peratus pegangan ke atas Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash) melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad.

Justeru, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak sepatutnya menuding jari kepada pihak lain bagi menyelamatkan kedudukan politiknya dalam masalah bekalan air di Selangor.

Ahli Majis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim malah turut menjelaskan tentang isu itu sebenarnya disebabkan kelemahan pentadbiran Mohamed Azmin

“Malah, dalam isu Splash seperti mana kata bekas Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim ia membuktikan kelemahan pentadbiran Mohamed Azmin yang tidak serius memperjuangkan kepentingan rakyat.

“Sampai bila rakyat Selangor harus dihukum kerana perbuatan Mohamed Azmin yang lebih gemar bermain politik daripada mengutamakan kepentingan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sohaimi turut menjelaskan, sudah terlalu ramai pihak menggesa Mohamed Azmin menangani isu air di Selangor sejak beberapa tahun lalu termasuk dengan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.

Kata beliau, Timbalan Presiden PKR itu bagaimanapun tidak mengendahkan suara-suara berkenaan dan akhirnya kebimbangan rakyat akan terkesan dengan permainan politiknya akhirnya menjadi kenyataan.

Sehubungan itu, Sohaimi meminta Mohamed Azmin supaya mengambil tanggungjawab penuh dalam isu krisis air di Selangor daripada lebih gemar bermain politik.

Menurut beliau, berdasarkan statistik, 80,000 daripada 160,000 kes gangguan air di negara ini adalah berlaku di negeri Selangor yang ditadbir oleh Mohamed Azmin. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Kerajaan SelangorSplash
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

26/12/2025
0

PELABUHAN KLANG: Kerajaan Selangor akan mengadakan mesyuarat pada Isnin ini bagi membincangkan tindakan selanjutnya berhubung pembaikan sistem pendawaian elektrik membabitkan...

Selangor Rekod RM60.1 Bilion Pelaburan Tahun Lalu

Selangor Rekod RM60.1 Bilion Pelaburan Tahun Lalu

16/03/2023
0

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor merekodkan RM60.1 bilion pelaburan membabitkan pelbagai sektor termasuk perkilangan dan perkhidmatan sepanjang tahun lalu. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd