• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Perlu Siap Siaga Depani Isu Minyak Sawit

oleh AK-47
14/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu mengambil langkah penting bagi mendepani ‘perang perdagangan’ atau ‘trade war’ daripada Kesatuan Eropah (EU) terhadap komoditi minyak sawit Malaysia, kata Anggota Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya jika langkah segera tidak diambil ia dijangka menjejaskan tiga hingga empat juta pekerja dan pengusaha sawit di negara ini termasuk di Indonesia.

“Saya pernah menjadi ketua eksekutif ladang sawit, pada saya kesannya kepada Malaysia dan Indonesia ialah lebih tiga atau empat juta pekerja dan penduduk yang akan menerima akibat ‘perang perdagangan’ terhadap hasil sawit kita di pasaran antarabangsa,” katanya ketika membahas usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Industri sawit menerima pelbagai tekanan daripada EU dengan yang terbaharu blok ekonomi itu merancang mengharamkan minyak sawit daripada campuran bahan api bio dan tenaga boleh diperbaharui menjelang 2021.

Tindakan EU itu dikecam pelbagai pihak kerana bakal memberikan impak negatif terhadap Malaysia selaku antara pengeluar minyak sawit terbesar dunia bersama-sama Indonesia.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok. – BERNAMA

Tags: Isu Minyak SawitTan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Disaran Guna Minyak Sawit – Timbalan Menteri

01/01/2019
0

RAKYAT di negara ini disaran menggunakan minyak sawit dalam pelbagai bentuk dalam kehidupan seharian sebagai sokongan membantu kerajaan meningkatkan harga...

Khalid Ibrahim Jelaskan Kenapa Tiada Lagi Air Percuma

26/11/2018
0

BEKAS Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan rasa kecewa terhadap belanjawan negeri Selangor bagi tahun 2019 yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd