• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Pastikan Bantuan Sentiasa Tersedia

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memastikan bantuan sentiasa tersedia berikutan gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter menggegarkan Ranau, Sabah malam tadi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Terima berita gempa bumi di Ranau, saya dimaklumkan setakat ini tiada laporan kecederaan.

“Saya harap semua di kawasan terkesan ambil langkah berjaga-jaga, kerajaan akan pastikan bantuan sentiasa tersedia,” katanya menerusi catatan di laman Twitter beliau, hari ini.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan semalam memaklumkan gempa bumi sederhana berlaku di Ranau pada 9.06 malam di lokasi 6.1 utara dan 116.6 timur namun tiada ancaman tsunami.

Antara kawasan yang turut terkesan dengan gegaran tersebut ialah Kota Kinabalu, Kundasang, Penampang, Tuaran, Kudat dan Kota Marudu.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah hari ini, operasi menyelamat yang dijalankan di Gunung Kinabalu tamat kira-kira pukul 4.30 pagi melibatkan 239 orang, termasuk 130 pendaki di Laban Rata Resthouse di Panalaban pada ketinggian 3,272 meter dari paras laut. – BERNAMA

Tags: gempa bumi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Gempa Bumi Kuat Gegar Venezuela Dalam Tempoh 39 Saat, Darurat Diisytihar

Dua Gempa Bumi Kuat Gegar Venezuela Dalam Tempoh 39 Saat, Darurat Diisytihar

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  CARACAS – Venezuela dilanda dua gempa bumi kuat masing-masing bermagnitud 7.2 dan 7.5 dalam tempoh hanya 39 saat,...

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KOTA KINABALU - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pukul 12.57 pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd