• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Lahirkan Lebih Ramai Usahawan Tani

oleh Ahmad Albab
16/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BELUD – Kerajaan akan terus berusaha untuk melahirkan lebih ramai usahawan tani atau agropreneur berpendapatan tinggi di negara ini sekali gus bagi memenuhi permintaan produk makanan yang kian meningkat di dalam negara dan peringkat antarabangsa, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Untuk tujuan itu katanya, kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan termasuk bantuan kewangan dalam bentuk geran dan pinjaman kepada golongan petani yang berminat menjadi usahawan tani berjaya.

“Pertubuhan Makanan dan Pertanian, sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, menjangka pada tahun 2050 penduduk dunia akan mencecah 9.1 bilion orang dan untuk menepati permintaan, pengeluaran makanan perlu ditingkatkan sebanyak 70 peratus.

“Ini adalah satu peluang untuk membangunkan pertanian sebagai satu industri dalam ekonomi Malaysia,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Tabung Bencana Tanaman Padi Daerah Kota Belud di sini hari ini. Turut hadir Pengarah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kota Belud Salmah Labula.

Justeru, kata Salleh dalam Bajet 2018, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan sebanyak RM200 juta khusus untuk Inisiatif Sumber Kekayaan Baharu bagi melahirkan usahawan tani merangkumi sektor buah-buahan, akuakultur ataupun industri asas tani.

Katanya di bawah inisiatif berkenaan antara hasil pertanian yang disenaraikan termasuk jagung bijian, kelapa, durian, tenusu serta bidang kulinari.

Kerajaan juga menyediakan banyak kemudahan geran dan pinjaman melalui program seperti Agropreneur Muda, Agrobank dan TEKUN Nasional yang diberikan peruntukan terbesar dalam sejarah agensi berkenaan iaitu RM500 juta untuk membantu membangunkan usahawan tani.

“Pada tahun 2050 nanti, kita perlu ada golongan agropreneur atau usahawan pertanian yang dinamik, kreatif dan mampu menerajui bidang penghasilan makanan. Latihan dan pembangunan usahawan masa depan ini kami mulakan daripada usia muda. Terdapat 16 pusat dan institut latihan di seluruh negara, yang melahirkan lebih 1,000 orang graduan setiap tahun,” katanya.

Justeru petani di negara ini termasuk di Kota Belud perlu mengambil segala peluang yang disediakan kerajaan untuk membangunkan diri mereka sebagai usahawan tani berjaya.

Mengenai program berkenaan, Salleh berkata RM730,429 diagihkan kepada 366 penanam padi yang menjadi mangsa banjir di Kota Belud pada Oktober 2017 sebagai tanda keprihatinan kerajaan di bawah kepimpinan Najib untuk meringankan beban petani.

“Saya amat bersimpati dengan nasib para petani yang terpaksa melalui keadaan sukar untuk memulakan kehidupan baharu selepas bencana banjir. Selain tanaman padi musnah, ada juga yang berdepan dengan keadaan rumah yang rosak atau kehilangan tempat tinggal. Pada masa sama, mereka perlu membuat persediaan untuk anak-anak memasuki sekolah.

“Oleh itu, mudah-mudahan bantuan yang dihulurkan kerajaan ini dapat mengurangkan bebanan dan kesusahan yang terpaksa ditanggung,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kerajaanusahawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa penternak babi kini berada dalam keadaan keliru dan buntu...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd