• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Kaji Langkah Tambah Bilangan Pelajar Kaum India

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang mengkaji langkah untuk menambah bilangan pelajar kaum India di kolej matrikulasi dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Beliau berkata ini kerana kemasukan pelajar kaum itu di IPTA negara ini belum mencapai sasaran tujuh peratus buat masa sekarang.

“Kerajaan sedang mengkaji tambah bidang atau tempat matrikulasi supaya bilangan kaum India ditambah. Kita berharap melalui pelbagai intervensi khas, kita boleh mencapai sasaran ini.

“Sebagai sebuah kerajaan yang bersifat inklusif, kita sentiasa memastikan tiada siapa harus tercicir dalam arus pembangunan negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Yayasan MyNadi, yang merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan untuk meningkatkan taraf hidup kaum India di negara ini.

Turut hadir Pengerusi Yayasan MyNadi, Datuk Dr Jeyaindran Sinnadurai.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata 100,000 isi rumah masyarakat India kumpulan berpendapatan isi rumah 40 peratus terendah (B40) akan berpeluang menyertai skim pelaburan khusus dalam Amanah Saham 1Malaysia (A1SM) yang dilancarkan pada 7 April ini.

“Pengumuman lanjut akan dibuat pada tarikh tersebut. Setakat ini, 411.14 juta unit saham telah dilanggan masyarakat India melalui pengagihan khas 1.5 bilion unit tambahan A1SM untuk masyarakat kaum India yang telah dibuka pada 29 Jan iaitu tiga bulan lalu.

“Ini merupakan satu pencapaian yang sangat menggalakkan. Jadi, percayalah saya ingin setiap rakyat Malaysia termasuk kaum India merasakan ada harapan untuk semua dalam negara kita,” katanya sambil mendapat tepukan gemuruh daripada lebih 700 peserta yang hadir pada majlis itu.

Najib berkata kerajaan sentiasa memupuk semangat ‘nambikei’ sesama masyarakat untuk bergerak ke hadapan sebagai satu bangsa untuk menjamin kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

“Di bawah kepimpinan sekarang, kami akan terus membantu masyarakat India untuk berada di tempat yang sewajarnya di negara ini. Itulah harapan saya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakIndia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Salah seorang daripada dua wanita Melayu yang tular menerusi rakaman video mengikuti latihan Yoga di India tampil...

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Para perwakilan DAP perlu dijelaskan bahawa sekiranya mereka memilih untuk parti itu kekal dalam kerajaan pada Ahad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd