• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Kaji Cadangan Tingkatkan Paras Gaji Minima

oleh Ahmad Albab
11/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan sedang mengkaji cadangan meningkatkan kadar gaji minimum bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana berhadapan dengan kos sara hidup selari dengan perkembangan dan pembangunan sosio ekonomi negara ketika ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata ia merupakan satu daripada pelan jangka panjang di bawah Majlis Tindakan Sara Hidup Negara yang akan dilaksanakan kerajaan bagi memastikan kesejahteraan rakyat terjamin.

“Ini antara cadangan yang kita fikirkan akan dapat membantu rakyat selain daripada pelan-pelan jangka pendek yang kita ada seperti pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan program-program Sentuhan Rakyat yang mengetengahkan penjualan barang-barang keperluan pada harga murah.

“Antara cadangan jangka panjang yang lain adalah memperbanyakkan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat supaya rakyat mempunyai pilihan untuk menjana pendapatan yang lebih yang akhirnya akan dapat menyelesaikan isu kos sara hidup ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jualan Sentuhan Rakyat Parlimen Pulai, di sini, hari ini.

Tambah Anggota Parlimen Pulai itu, perkembangan dan pembangunan negara merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup yang tidak dapat dielakkan dalam memastikan negara tidak ketinggalan.

​​​​​​​“Kita adalah kerajaan yang prihatin, tidak ada gunanya sekiranya negara kita membangun tetapi rakyat kita menderita. Untuk itu kerajaan telah menyediakan banyak pelan membantu rakyat seperti Kedai Rakyat 1Malaysia, dan program Rumah Mampu Milik, PR1MA dan MyHome.

“Kita juga ada projek yang menggalakkan penggunaan pengangkutan awam seperti Transit Aliran Massa (MRT), Sistem Transit Rapid (RTS) di Johor dan Singapura, dan Bas Rapid Transit (BRT).

“Jadi tidak benar jika pembangkang mendakwa kerajaan tidak mempedulikan nasib rakyat kerana kita adalah kerajaan yang sistematik, yang mempunyai perancangan yang kukuh,” katanya.

Majlis Tindakan Sara Hidup Negara yang ditubuhkan baru-baru ini akan memfokuskan kepada enam Jawatankuasa Kumpulan Kerja Kluster Utama melibatkan kluster makanan, perumahan, pendidikan, pengangkutan, utiliti dan kesihatan.

Kali terakhir kadar gaji minimum dinaikkan adalah pada tahun 2016 dengan kadar gaji minimum bulanan pekerja terkini di Semenanjung Malaysia adalah RM1,000 manakala RM920 untuk Sabah, Sarawak dan Labuan. – BERNAMA

Tags: GajiKerajaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hutang Negara Bertambah Kerana ‘Interest’ 1MDB

Hutang Negara Bertambah Kerana ‘Interest’ 1MDB

20/07/2026
0

Hutang Negara Bertambah Kerana 'Interest' 1MDB Oleh Mynewshub KAJANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan jumlah hutang negara...

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

17/07/2026
0

KUALA LUMPUR – "Kalau satu hari nanti Anwar Ibrahim bukan lagi Perdana Menteri…Aku akan cerita kepada anak cucu aku pernah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd