• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan BN Mampu Sedia Lebuh Raya Tanpa Tol

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan optimis mampu menjadikan lebuh raya di negara ini bebas bayaran tol, namun ia akan mengambil masa, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Malah, katanya pada masa ini kerajaan berusaha menyediakan lebuh raya tanpa tol seperti Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak serta Lebuhraya Utama Tengah atau Central Spine Road (CSR) yang melalui Pahang ke Kelantan, bagi memenuhi keperluan tanpa membebankan rakyat.

“Kerajaan juga mengkaji struktur dan juga kadar tol melalui pelbagai inisiatif seperti penangguhan kenaikan kadar tol yang dilaksanakan beberapa kali dan seterusnya melaksanakan pemansuhan beberapa tol seperti yang telah kerajaan Barisan Nasional (BN) lakukan sekarang.

“Ketika ini kerajaan juga telah banyak melakukan beberapa penambahbaikan terhadap terma-terma dalam perjanjian konsesi bagi memastikan keperluan rakyat dipenuhi, kepentingan kerajaan dapat dipelihara dan pada masa sama, berlaku adil kepada syarikat konsesi berbanding dengan terma perjanjian di bawah legasi kepimpinan yang terdahulu,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Rosnah berkata demikian ketika menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP-Kulai ) mengenai pemansuhan tol yang bukan mustahil dilaksanakan kerajaan memandangkan empat buah tol sudah dimansuhkan iaitu Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau, Selangor; Bukit Kayu Hitam, Kedah; dan Eastern Dispersal Link, Johor.

Mengulas lanjut, Rosnah berkata kerajaan juga mewujudkan klausa ‘exit’ yang memperuntukkan sekiranya pihak syarikat konsesi mencapai IRR (Kadar Pulangan Dalaman), perjanjian konsesi boleh ditamatkan lebih awal.

Dalam pada itu, beliau berkata sehingga 31 Disember 2017, terdapat 31 lebuh raya bertol di negara ini.

Katanya kos operasi dan penyelenggaraan tahunan berdasarkan kos semasa pada 2016 ialah RM6.82 juta hingga RM1.5 bilion bagi setiap lebuh raya yang perlu ditanggung oleh syarikat konsesi.

“Kos tersebut bergantung kepada antaranya panjang lebuh raya, geometrik lebuh raya, jumlah trafik dan faktor geografi,” katanya.

Katanya jumlah kutipan tol oleh syarikat konsesi pada 2016 adalah antara RM27 juta hingga RM2.867 bilion. – BERNAMA

Tags: Kerajaanlebuh raya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kassim berpandangan kerajaan sepatutnya dipersoalkan kerana mencadangkan dasar berkaitan syarat 30 peratus ekuiti...

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan memberikan penjelasan rasmi dan konsisten berhubung keputusan menggugurkan syarat pemilikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd