• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Rasmi SPM 2017 Diumum 15 Mac Ini

oleh
07/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 akan diumumkan secara rasmi pada 15 Mac ini, menurut kenyataan Kementerian Pendidikan di sini hari ini.

Menurut kenyataan tersebut lagi, semua calon peperiksaan itu boleh mendapatkan keputusan SPM di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi pada tarikh berkenaan.

“Bagaimanapun keputusan calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat mereka mendaftar,” katanya.

Calon juga boleh membuat semakan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPM diikuti nombor kad pengenalan angka giliran dan hantar ke 15888, menurutnya.

Menurut kenyataan itu lagi, perkhidmatan SMS tersebut namun akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi pada 15 Mac dan akan ditamatkan pada jam 6 petang, 21 Mac depan.

Semakan keputusan juga boleh dibuat melalui aplikasi telefon pintar dengan hanya memuat turun e-Lembaga Peperiksaan, katanya. Seramai 443,883 calon menduduki SPM 2017.

Daripada jumlah itu sebanyak 386,331 orang adalah calon sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan; sekolah di bawah agensi kerajaan selain Kementerian Pendidikan (8,346).

Juga calon sekolah menengah agama negeri (8,346), sekolah menengah agama rakyat (1,976); sekolah swasta (14,883); dan calon persendirian (23,886). – BERNAMA

Tags: Sijil Pelajaran MalaysiaSPM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kampung Rawa Dilanda Banjir Kilat Petang Tadi

Next Post

Piala Sultan Azlan Shah: Australia Ketepi India 4-2

Related Posts

Pelajar Cemerlang Meninggal Dunia Sehari Sebelum SPM

Pelajar Cemerlang Meninggal Dunia Sehari Sebelum SPM

06/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Seorang calon pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berusia 17 tahun meninggal dunia akibat strok sehari sebelum peperiksaan...

PM Pertahan KPM Tempatkan Calon SPM Terjejas Banjir Di Asrama

PM Pertahan KPM Tempatkan Calon SPM Terjejas Banjir Di Asrama

04/12/2024
0

PUTRAJAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakan Kementerian Pendidikan (KPM) memindahkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang terjejas...

Next Post

Piala Sultan Azlan Shah: Australia Ketepi India 4-2

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd