• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenaikan Bantuan Khas Bukan ‘Gula-Gula’ PRU14

oleh Ahmad Albab
28/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kenaikan bantuan khas pesawah di seluruh negara bukanlah ‘gula-gula’ untuk menarik perhatian rakyat pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata sebaliknya ia adalah komitmen kerajaan membantu golongan pesawah yang sememangnya banyak berjasa dalam menyumbang kepada kadar pengeluaran padi di negara ini kerana beras merupakan bekalan makanan utama rakyat.

“Bukanlah kita nak ‘gula-gula’ dengan janji-janji tapi memang hasrat perdana menteri supaya rakyat bersama dengan kerajaan…ini kerana perdana menteri sebut kita tau (tahu) bila mai (datang) banjir yang rugi petani-petani, bukan disengajakan tetapi ini dugaan.

“Jadi kerajaan tahu kerugian dihadapi petani, bila mai penyakit juga petani alami kekurangan pendapatan sebab tanaman musnah apabila berlaku serangan penyakit, itu pun kerajaan tengok, jadi sebab itu kerajaan rasa perlu diberikan bantuan kepada pesawah,” katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri Program Jelajah Muafakat yang juga jualan sentuhan rakyat di kawasan letak kereta di Wisma Darulaman di sini hari ini. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan negeri Datuk Mohd Tajudin Abdullah.

Perdana menteri membuat pengumuman itu ketika berucap melancarkan bantuan khas pesawah peringkat kebangsaan di Pusat Pertumbuhan Desa Sungai Korok, Alor Biak di Jerlun semalam.

Bantuan khas berbentuk wang tunai RM200 sebulan selama tiga bulan dan sekali bayar itu akan diberi kepada pesawah di seluruh negara sebagai usaha kerajaan meringankan beban kewangan pesawah sementara menunggu hasil tuaian masing-masing. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ahmad Bashah Md HanipahPRU14
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lebih 502,000 Kaum India Terima Manfaat SEDIC

Next Post

SPR Syor Perubahan Nama 12 Kawasan Parlimen, 28 DUN

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

BN Hasrat Pertahan Kerusi Tradisi PRU14, PRK

10/07/2020
0

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan semua kerusi tradisi yang dimenangi parti itu sama ada pada Pilihan Raya...

Next Post

SPR Syor Perubahan Nama 12 Kawasan Parlimen, 28 DUN

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd