Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Najib Tak Tanya Jho...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah...

Adakah Latheefa Mahu Lepaskan...

KUALA LUMPUR - Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan rakaman suara membabitkan...

Pemuda PAS Kelantan Minta...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS (DPP) Kelantan memberi amaran kepada Setiausaha Agung...

Polis Cari Suspek Kes...

MELAKA - Polis sedang mengesan pemilik kereta Perodua Viva yang dipercayai terlibat dalam...

Kemudahan “First Class” Bakal Diperoleh PKU USM

GELUGOR – Kerja-kerja penambahbaikan paip dan tandas sedang dijalankan di Desasiswa Aman Daman Fajar Harapan (ADFH) yang bakal dinikmati oleh Pelajar kelainan upaya (PKU) di Universiti Sains Malaysia (USM).

Yang Dipertua Sekretariat Insan Istimewa USM (SISWA), Muhamad Hamizan berkata, pembukaan Desasiswa Aman akan memberi pelbagai kemudahan kepada PKU.

“Kemudahan seperti tandas mesra PKU, platform kerusi roda dan tempat letak kenderaan yang dekat dengan bilik disedikan untuk PKU,” kata beliau pada Astro Awani.

Tambahnya lagi, sebelum ini blok kediaman yang ditempatkan PKU telah menyukarkan urusan harian mereka dan kurang sumber kemudahan untuk PKU.

Sebagai satu inisiatif bantuan untuk PKU, USM turut menyediakan bantuan makanan, kelas di aras bawah, kebebasan tempat letak kenderaan dan menyediakan pengangkutan van untuk ke kelas.


Bagi seorang pelajar PKU, Ahmad Fadhli, beliau rasa amat lega apabila dipindahkan semula ke Desasiswa Aman kerana jaraknya yang lebih dekat dengan bilik kuliah.

Menurut Penggawa Desasiswa Aman, Zain Dolah, seramai 41 PKU bakal ditempatkan semula di tempat itu berkuat kuasa semester ini. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori