• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kempen ‘Masa Tanpa Gajet’ Diteruskan Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
27/03/2018
dalam Gajet, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bercadang meneruskan Kempen Masa Tanpa Gajet tahun ini bagi menggalakkan jalinan hubungan sesama masyarakat khususnya golongan muda dan institusi keluarga.

Menteri berkenaan Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata kempen itu akan diadakan semasa sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia pada November ini dengan diterajui oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

KPWKM memperkenalkan Kempen Masa Tanpa Gajet pada tahun lepas dengan menggalakkan orang ramai ‘melupakan’ seketika gajet masing-masing ketika di meja makan terutamanya apabila makan bersama anggota keluarga.

Rohani berkata kempen itu perlu diteruskan tahun ini kerana kajian LPPKN mendapati sebanyak 78 peratus ibu bapa membenarkan anak mereka memiliki dan menggunakan gajet dengan 3.7 peratus daripada mereka tidak memantau penggunaan gajet anak masing-masing.

“Biarpun Malaysia sudah maju, teknologi tidak harus mengawal cara masyarakat Malaysia hidup berkeluarga,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 650 petugas KPWKM, jabatan dan agensi di bawahnya di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, hari ini.

Rohani berkata ketika Kempen Masa Tanpa Gajet, anggota keluarga digalakkan mengetepikan gajet masing-masing untuk menghabiskan waktu berkualiti bersama keluarga sama ada semasa makan bersama atau melayan anak kecil bermain.

“Cadangan mewujudkan Masa Tanpa Gajet bertujuan mendidik generasi muda pada hari ini mengenai perlunya berkomunikasi secara lisan, menggunakan bahasa tubuh dan eye-contact.

“KPWKM tidak mahu generasi baharu tidak faham tentang hubungan sesama insan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Rohani Abdul Karimgajet
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Contoh Terbaik Konsep Hubungan Ulama, Umara

Next Post

Projek ECRL Libat Pembinaan 44 Buah Terowong

Related Posts

Ustaz Ebit Lew Terima 43,000 Mesej Mohon Bantuan Tablet

22/01/2021
0

SHAH ALAM - Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew memaklumkan menerima 43,000 mesej atau lebih tepat 43,000 individu yang memerlukan kelengkapan...

Ibu Bapa Perlu Budayakan Etika Sihat Guna Gajet

27/11/2018
0

KENINGAU - Ibu bapa perlu membudayakan etika dan peraturan sihat dalam penggunaan gajet serta pelayaran siber dalam institusi keluarga masing-masing...

Next Post

Projek ECRL Libat Pembinaan 44 Buah Terowong

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd