• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemajuan Pembinaan ECRL 13 Peratus – MRL Sdn. Bhd.

oleh Ahmad Albab
26/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kemajuan pembinaan projek mega Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kini berada pada tahap 13 peratus, kata Ketua Perancangan Malaysia Rail Link (MRL) Sdn. Bhd., Mohd Nizam Daut.

Beliau berkata projek dilaksanakan antara MRL Sdn. Bhd. dan China Communications Construction Company (CCCC) bagi menyiapkan lapan seksyen ECRL itu, kini menggunakan 2,700 tenaga kerja, dengan 500 daripada pekerja sedang menyiapkan Fasa Satu membabitkan Seksyen 1 dan 2, melibatkan laluan Kota Bharu, Jelawat (Bachok) dan Tok Bali (Pasir Puteh) di negeri ini.

“Sepanjang pelaksanaan projek ini, tiada isu kritikal di luar bidang kuasa MRL yang mana proses pengambilan tanah dan penyediaan pelan juga sudah selesai.

“Pada masa ini, kita cuma tunggu mesyuarat Exco untuk meluluskan proses pengambilan tanah agar ia dapat diwartakan dengan segera selain menyelesaikan urusan berkaitan pampasan kepada penduduk yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pembinaan Stesen ECRL Kota Bharu di Bandar Baharu Tunjung di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan (MTPNK), Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika ditemui selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim, berkata projek ECRL akan memberi impak positif terutama dalam menyediakan peluang pekerjaan baharu dan meningkatkan ekonomi rakyat negeri ini.

“Kalau 500 pekerja sedang bekerja siapkan ECRL, jumlah itu mungkin kecil tapi ia baharu di peringkat permulaan. ECRL sebelum ini kata akan wujud 3,000 pekerjaan baharu dengan syarikat tersebut selepas ia disiapkan dan ini peluang pekerjaan yang wujud secara langsung.

“Tapi dalam hal ini, ada banyak juga kesan tidak langsung selepas perhubungan antara negeri bertambah baik dan dengan sendirinya akan meningkatkan kegiatan ekonomi,” katanya. – BERNAMA

Tags: ECRL
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

03/10/2025
0

TEMERLOH - Polis berjaya menahan dua lagi lelaki termasuk seorang warga asing dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel Projek Laluan...

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

24/06/2025
0

Kuantan: Polis menerima lapan kes kecurian kabel membabitkan jumlah kerugian melebihi RM200,000 di beberapa tapak projek Laluan Rel Pantai Timur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd