• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kecoh Gimik Peti Ajaib Masuk S$3 Dapat S$50

oleh
01/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“SILA segera datang ke kawasan berumput depan Raffles Place mulai jam 12 tengah hari 28 Februari 2018 dan masukkan hanya S$3 ke dalam kotak untuk menerima pula wang tunai S$50”.

Demikianlah mesej yang tular di Singapura sehingga membuatkan ratusan orang berebut-rebut mencuba nasib dengan memasukkan S$3 (kira-kira RM8.90) ke dalam sebuah ‘kotak duit’ yang diletakkan di kawasan itu semalam.

Namun keghairahan mereka berakhir selepas hampir sejam kemudian, dan ramai yang berpusu-pusu ke lokasi itu dengan harapan untuk mendapatkan wang ‘percuma’ tersebut bagaimanapun hampa setelah dihalang pihak polis.

Ini menyebabkan pihak penganjur iaitu sebuah syarikat penyedia khidmat telekomunikasi Singapura yang dikenali sebagai Circle.Life terpaksa segera menghentikan program promosi unik itu atas arahan pegawai polis tempatan.

Kebanjiran orang ramai yang berada di sana, dilihat mula berebut-rebut, malah saling tolak-menolak antara satu sama lain sebelum mereka kemudian diminta bersurai pada pukul 12.45 tengah hari oleh pihak penganjur sendiri.

Sebelum itu beberapa petugas syarikat tersebut dilihat bercakap dengan dua pegawai polis selama 10 minit sebelum acara yang dikenali sebagai #3DollarBaller berkenaan, terpaksa dihentikan atas sebab risiko keselamatan awam.

Ratusan berpusu-pusu ke lokasi kotak itu ditempatkan dengan harapan mendapatkan wang secara percuma. Mereka yang berjaya itu hanya memasukkan wang itu ke dalam kotak terletak untuk menerima S$50 (kira-kira RM148).

Gimik eksklusif tersebut rupa-rupanya merupakan sebahagian daripada promosi bagi pelan langganan baharu data tanpa batas, Circle.Line, iaitu cuma S$3 sehari, dengan promosinya menggunakan hashtag #3DollarBaller.

Individu pertama berjaya memasukkan S$3 ke dalam kotak ‘ajaib’ itu untuk mendapatkan S$50 ialah Kate Koh, 30 tahun. Agensi berita Mediacorp melihat seramai enam orang berjaya meraih wang tersebut daripada kotak itu.

“Saya bertugas di kawasan ini dan rakan saya kemudian memberitahu saya tentang acara ini. Saya bernasib baik kerana saya memang sedang berdiri berdekatan sahaja dengan lokasi di mana kotak itu dipindahkan,” kata Koh.

Seorang lagi individu yang bernasib baik ialah Jeffrey Yao, 74 tahun: “Saya cuma secara kebetulan lalu di kawasan itu, jadi saya tidak tahu apa yang sedang berlaku. Saya teruk beratur sekitar 20 minit untuk mendapatkan S$50.”

Sebahagian yang lain namun tidak senasib. Seorang remaja, June Yeo, 16, berkata dia kena beratur selama sejam: “Agak sedih tidak dapat tetapi saya berasa acara ini agak menarik kerana siapa yang tidak mahukan wang percuma?”

Acara kedua promosi itu, yang berjaya menarik perhatian ramai menerusi media sosial dan dijadual diadakan sekali lagi di 313@Somerset petang semalam bagaimanapun terpaksa dibatalkan, menurut laman sesawang 3dollarballer.

Ia dibatalkan kerana semua wang S$50 sudah habis diagih kepada peserta terawal. Di dalam kotak itu sebenarnya terdapat seorang lelaki yang mengeluarkan wang S$50 setiap kali seseorang memasukkan S$3 ke dalamnya.

Circles.Life dalam kenyataan pada 1 Mac turut mengumumkan mengenai pelan baharu data tanpa batas dan khidmat tambahan itu dengan menggunakan aplikasi WhatsApp di 18 buah negara. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Singapura
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Coleman Bintang Pecut AS Kini Tumpuan Dunia

Next Post

MERHROM Puji Artis Lawat Kem Pelarian Cox’s Bazar

Related Posts

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

14/11/2024
0

SINGAPURA - Malaysia dan Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada Khamis untuk memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan...

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Aliff Aziz mengaku lebih banyak meluangkan masa dengan keluarga di Singapura dan berehat sebelum memutuskan untuk kembali...

Next Post

MERHROM Puji Artis Lawat Kem Pelarian Cox's Bazar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd