Thursday, July 18, 2024

Creating liberating content

AirAsia Sahkan Penerbangan Alami...

SYARIKAT penerbangan tambang murah AirAsia mengesahkan pihaknya mengalami gangguan penerbangan sejak petang kelmarin,...

PRK Rompin: BN Optimis...

ROMPIN - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin optimis Barisan Nasional (BN)...

Jangan Anjur Parti Liar

PETALING JAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran terhadap pemilik-pemilik restoran atau...

Pekebun Sembur Cat Hitam...

ALOR GAJAH - Seorang pekebun pisang di Melaka mengambil inisiatif sendiri bagi mengatasi...

Kebocoran Data Peribadi Pengguna Masih Berjalan

KUALA LUMPUR – Siasatan terhadap kes kebocoran data peribadi 46.2 juta pengguna telefon mudah alih di Malaysia, tahun lalu, masih berjalan sehingga kini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata saksi-saksi yang dikenal pasti telah dipanggil untuk diambil keterangan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) bagi membantu siasatan.

“Setelah lengkap nanti , hasil siasatan akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat bagi menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP-Kulai) berhubung tindakan yang telah diambil terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam kes tersebut.

Pada awal Nov lepas, laman Lowyat.net menyiarkan artikel berhubung kecurian data berkaitan maklumat peribadi besar-besaran untuk dijual, melibatkan 50 juta data daripada syarikat telekomunikasi dan 17 juta data daripada laman mencari kerja.

Laman itu turut dilaporkan berkata 46.2 juta nombor telefon bimbit daripada pelbagai syarikat telekomunikasi tempatan dibocorkan dalam talian.

Sementara itu, Jailani berkata KKMM sentiasa memandang serius isu kebocoran data dan pelbagai aktiviti pemeriksaan telah diadakan bagi memantau sistem data peribadi sesebuah syarikat pengendali data.


“Kita juga ada buat pertemuan dengan syarikat-syarikat telekomunikasi dan mengadakan pelbagai program kesedaran di seluruh negara berkenaan isu itu,” katanya.

Menurut Jailani pada tahun 2017, mahkamah sudah menjatuhkan hukuman terhadap tiga kes kesalahan berkaitan data peribadi dengan lima kes setakat tahun ini. – BERNAMA

Kategori