Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Pendaki Wanita Terkandas Diselamatkan...

LIPIS: Seorang pendaki wanita dipercayai kehabisan tenaga serta terkandas di Kem Berlumut, Merapoh...

Lima Pelancong British Hilang...

JERANTUT: Lima pelancong warga Britain berusia antara 22 hingga 62 tahun yang dipercayai...

Kerajaan BN Uruskan Ekonomi...

KUALA LUMPUR – Semakan peningkatan kali keempat terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)...

PDRM Masih Pasukan ‘Underdog’...

KOTA BHARU - Jurulatih Polis Diraja Malaysia (PDRM) Azman Adnan berkata beliau berbangga...

Kapten, Pekerja Limbungan Cedera Kapal Meletup

SIBU – Seorang kapten kapal dan dua pekerja limbungan cedera dalam kejadian letupan sebuah kapal tangki di Tanjung Manis, Mukah pagi tadi.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon 4 Sibu Misran Bisara berkata dalam kejadian kira-kira 10.15 pagi itu, seramai 17 anak kapal dan lima pekerja limbungan sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan ke atas kapal yang didaftarkan dengan nama ‘Dong Fang Glory’.

“Berlaku letupan menyebabkan kebakaran di kapal itu dan dua pekerja Berjaya Dockyard melecur manakala kapten kapal mengalami cedera ringan di bahagian muka, bagaimanapun anak kapal dan pekerja limbungan yang lain tidak cedera,” katanya.

Beliau berkata bomba menerima laporan kejadian itu kira-kira 10.42 pagi dan tujuh anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Manis serta lima anggota daripada Balai Bomba Sungai Merah dikerahkan ke lokasi di tengah Sungai Belawai di mana kapal itu berlabuh.

Katanya api telah dipadamkan oleh anak-anak kapal dan pihak bomba hanya bertindak membuat pengudaraan untuk mengeluarkan asap bagi memastikan api padam sepenuhnya.


Misran berkata punca letupan masih dalam siasatan dan pekerja yang cedera dibawa ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan. – BERNAMA

Kategori