• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kajian Invoke Dibuat Bagi Alihkan Isu Air Selangor

oleh Ahmad Albab
10/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kaji selidik Invoke Malaysia yang mendakwa Pakatan Harapan mampu menang di Kedah, Perak, Johor, Selangor dan Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dibuat bagi mengalihkan isu air yang sedang berlaku di Selangor.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata kajian tersebut merupakan satu daripada cara yang dibuat oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli untuk mengalih pandangan rakyat terhadap isu air di negeri itu.

“Dia (Rafizi) itu dari dulu macam tu. Dia tahu Selangor hendak tumbang jadi dia jadikan kajian itu sebagai satu medium untuk alihkan pandangan rakyat mengenai isu-isu hangat yang sedang berlaku di sana.

Cakap-cakap macam itu perkara biasa bila hendak PRU. Dia kata pembangkang boleh menang di Kedah tapi kat sini saya nak bagi tahu Barisan Nasional (BN) yakin mampu kekalkan Kedah dan paling penting kita yakin mampu tawan Selangor,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga Parlimen Alor Setar di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pembentangan yang dibuat Rafizi berhubung kaji selidik Invoke Malaysia yang menyatakan bahawa Pakatan Harapan mampu menang di lima negeri pada PRU14 selain menjangka parti itu akan menang di 89 kerusi Parlimen di Semenanjung manakala BN menang di 76 kerusi.

Dalam pada itu, Ahmad Bashah yang juga Pengerusi BN negeri menyifatkan dakwaan Pakatan Harapan mampu menang di Kedah itu seperti ‘mimpi di siang hari’ kerana rakyat sudah pandai menilai tentang janji-janji kosong yang dibuat oleh pembangkang.

“Rakyat sudah rasa bagaimana berada di bawah pentadbiran pembangkang jadi mereka tidak mudah untuk ditipu lagi, jadi, kalau kata nak menang di Kedah itu seperti mimpi sahaja. Semua janji-janji yang mereka (pembangkang) nyatakan itu hanya untuk tarik perhatian ahli, petugas dan rakyat sahaja.

Tengok sahaja manifesto mereka, dulu cakap macam-macam pasal Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Siap kata kita bagi ‘dedak’ tapi sekarang tengok mereka sendiri menyenaraikan bantuan itu dalam manifesto PRU mereka,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai manifesto Pakatan Harapan yang ingin menghapuskan dasar pengimport makanan tunggal, Ahmad Bashah berkata janji tersebut hanya untuk ‘sedap didengar’ oleh rakyat bagi meningkatkan keterujaan rakyat menyokong parti tersebut.

“Kita hendak bantu meningkatkan pengeluaran hasil padi sebab itu kalau hendak buat apa-apa keputusan kena fikir tentang nasib petani tetapi mereka senang-senang sahaja mahu hapuskan dasar pengimport tunggal makanan,” katanya. – BERNAMA

Tags: air selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengguna Akan Terima Bekalan Air Secara Berperingkat Mulai Awal Pagi Esok – Air Selangor

Pengguna Akan Terima Bekalan Air Secara Berperingkat Mulai Awal Pagi Esok – Air Selangor

05/06/2024
1

SHAH ALAM : Pengguna dijangka menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat bermula jam 3 pagi esok, selepas kerja penyelenggaraan dan penggantian...

Air Selangor Mohon Naikkan Tarif Air Di Lembah Klang

Air Selangor Mohon Naikkan Tarif Air Di Lembah Klang

04/07/2023
0

Pengendali perkhidmatan air di Lembah Klang, Air Selangor meluahkan harapan agar kerajaan mengkaji semula tarif air secepat mungkin. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd