Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

5 Jun Keputusan Saman...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa menetapkan 5 Jun bagi...

Dewan Rakyat Cipta Sejarah...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat di Parlimen mencipta rekod baharu pada Khamis...

Isu Vaksin: Tawakal Tanpa...

KUALA LUMPUR - "Islam sangat memandang tinggi nyawa seorang individu Muslim. Nyawa seorang...

Hanya Sembilan Daerah Zon...

PUTRAJAYA - Sembilan daerah di seluruh negara masih diletakkan di bawah zon merah...

Kaji Had Tunggakan Cukai Sekatan Ke Luar Negara

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen mencadangkan kepada kerajaan supaya mengkaji semula had tunggakan cukai yang boleh menyebabkan sekatan ke luar negara dikenakan ke atas mana-mana pihak dalam negara.

Pengerusinya, Datuk Seri Hasan Arifin berkata, had tunggakan cukai tidak kurang daripada RM2,000 bagi individu untuk tujuan sekatan perjalanan ke luar negara adalah kurang sesuai dengan keadaan ekonomi semasa.

“PAC Parlimen mengesyorkan kepada kerajaan supaya mengkaji semula had tunggakan cukai dinaikkan kepada RM10,000 untuk pembayar cukai individu dan RM50,000 untuk syarikat.

“Sebelum sekatan dikenakan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) perlu memastikan notis tunggakan cukai disampaikan kepada individu/syarikat mengikut undang-undang seperti yang diamalkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Hasan berkata, sistem penyampaian LHDN turut diminta dinaik taraf dengan menggunakan teknologi baru seperti sistem pesanan khidmat ringkas (SMS)/WhatsApp/Emel dalam menyampaikan peringatan (reminder) notis tunggakan cukai atau sekatan perjalanan ke luar negara.


Kata beliau, LHDN dan Jabatan Imigresen perlu juga memastikan pangkalan data mereka sentiasa dikemas kini supaya tidak berlaku kes pembayar cukai yang telah menjelaskan tunggakan cukai tetapi masih mengalami masalah semasa hendak ke luar negara. – MYNEWSHUB.CC

Kategori