Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Video: Rumah Panjang Moden...

APABILA sebut mengenai rumah panjang, pasti ramai yang terbayangkan rumah tradisional yang dibina memanjang...

Pegawai SPRM: Kami Tak...

KUALA LUMPUR - Salah seorang saksi pasukan defendan menafikan pegawai-pegawai Badan Pencegah Rasuah...

Industri Insurans Kuat Kuasa...

KUALA LUMPUR - Penggiat industri insurans dijangka melancarkan Sistem Risikan Penipuan (FIS) menjelang...

Video: Budak Perempuan Tidurkan...

HEBAT ! Itulah ungkapan yang dapat dikeluarkan dan diberikan kepada budak perempuan di...

Kafe ‘Kematian’ Di Thailand Mahu Anda Hargai Hidup

PERNAHKAH anda terfikir untuk menamatkan riwayat sendiri atau merasakan hidup anda tidak bermakna lagi?

Jika pernah, maka anda sesuai sangat ke kafe bertemakan kematian bernama Kid-Mai Death Cafe di Bangkok, Thailand ini!

Sementara kafe-kafe hispter lain mengetengahkan konsep yang ceria atau menenangkan, dekorasi hiasan dalaman kafe ini pula saling tak tumpah seperti sebuah majlis pengebumian.

Bagi mengangkat tema ‘kematian’ ini, dinding segenap penjuru kafe ini dilimpahi cat berwarna hitam dan dihias dengan kalungan bunga yang lazimnya dihadiahkan kepada keluarga si mati, manakala menu makanannya pula mempunyai nama-nama seperti “penuaan”, “kesakitan” dan “kematian”.

Malah, terdapat juga sebuah prop keranda di mana pengunjung boleh baring di dalamnya dan mengambil gambar untuk mendapatkan diskaun istimewa.

Tidak terhenti di situ, di Kid-Mai Cafe tergantung pelbagai kata-kata inspirasi dan menakutkan seperti “Adalah anda bersedia jika malam ini anda tidur dan tidak bangun-bangun lagi?” atau “Akhirnya, kita hanya keseorangan nanti”.


Tapi jika kata-kata itu tidak cukup ‘angker’ lagi untuk anda, anda boleh cuba tulis sendiri ‘kata-kata hikmah’ yang sesuai kerana pen dan kertas turut disediakan di situ.

Apabila ditanya mengapatak buka kafe bertemakan kucing seperti orang lain, pemiliknya berkata dia hanya mahu kafe miliknya itu mengingatkan masyarakat untuk menghargai kehidupan yang singkat ini.

Katanya, misi Kid-Mai Cafe juga adalah untuk menyedarkan pengunjungnya bahawa kematian bukanlah sesuatu yang boleh diremehkan kerana kita tidak tahu bila kita akan menemui ajal.

Sesiapa yang teringin mahu melihat sendiri kafe unik ini, bolehlah ke Bangkok! – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • KAFE

Kategori