Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

DAP Sedia Bersendirian Di...

KUALA LUMPUR - DAP bersedia berjuang sendirian di Sarawak tanpa Pakatan Harapan dalam...

Perwakilan MCA Akan Putus...

KUALA LUMPUR – Perwakilan MCA yang akan memutuskan sama ada parti itu terus...

Pemberian Vaksin AstraZeneca Dimasukkan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan untuk kembali memasukkan AstraZeneca dalam senarai vaksin arus...

Demi Jayakan Watak, Netizen...

NAMA Neelofa sering dikaitkan sebagai seorang public figure yang bergelar 'hajah' dan itu...

Johnathan Fokus Lebih Pada Kemahiran Menembak

KUALA LUMPUR – Berbaki 12 hari sebelum temasya Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia, membuka tirai pada 4 April ini, atlet menembak negara, Johnathan Wong Guanjie kini lebih memberi fokus terhadap kemahirannya.

Olimpian negara yang bakal membuat penampilan kedua dalam temasya itu berkata pada saat akhir ini, apa yang perlu dititikberatkan adalah kemahiran menembak agar tidak berlaku kesilapan yang boleh memberi kesan terhadap keputusan akhir ketika pertandingan nanti.

“Setakat ini latihan berjalan lancar, bulan lepas kita telah jalani latihan yang memberi tumpuan kepada meningkatkan kekuatan, jadi saat akhir ini saya tekankan kepada peningkatan teknik pula,” katanya pada sidang media Program Podium di Institut Sukan Negara (ISN), di sini, hari ini.

Jonathan yang mencipta kejutan pada Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dengan menewaskan juara Olimpik Rio, Hoang Xuan Vinh dari Vietnam itu, meletakkan sasaran peribadi untuk meraih pingat tanpa mengira warna pada penganjuran Sukan Komanwel kali ini.

Beliau yang akan bertanding dalam dua acara iaitu 10 meter pistol angin lelaki dan 50 meter pistol lelaki, berharap pengalaman beraksi di Glasgow sebelum ini memberi keyakinan dan peluang besar kepadanya untuk mencapai sasaran.


Johnathan mengakui tidak rasa tertekan untuk beraksi di Sukan Komanwel Gold Coast walaupun bakal bersaing dengan atlet menembak dari India yang mempunyai ranking lebih tinggi dan juga sandaran pihak luar yang menyasarkan pingat buat kontinjen.

“Saya rasa yakin dengan diri dan juga pasukan saya tapi untuk diri sendiri, saya perlu beri penekanan kepada prestasi. Sasaran pihak luar tidak akan menjejaskan prestasi dan semangat saya,” katanya yang turut tersenarai sebagai penembak tunggal negara dalam Program Podium itu.

Katanya beliau banyak menerima perkhidmatan sokongan dari segi psikologi dan fisiologi melalui program kendalian ISN itu yang memberikan kesan positif terhadap diri dan prestasinya serta berharap akan menerima lebih banyak bantuan profesional yang disediakan. – BERNAMA

Kategori