• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jimat Belanja Dapur Tawar Harga 20% Lebih Murah

oleh Ahmad Albab
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Jualan Jimat Belanja Dapur anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Daerah Kuala Muda di Dataran Tsunami, Kota Kuala Muda dekat sini, hari ini, menawarkan harga barangan keperluan sehingga 20 peratus lebih murah daripada harga pasaran.

Pegawai FAMA Daerah Kuala Muda, Mohd Fauzi Hashim berkata, Pusat Operasi FAMA Sungai Petani sendiri menawarkan 16 barangan kepada pengguna di kawasan sekitar antaranya minyak masak, gula, tepung, telur ayam dan sayur-sayuran.

“Kesemua barangan ini kita jual pada harga berpatutan, iaitu antara 10 hingga 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran, khusus untuk pengguna di kawasan sekitar Kota Kuala Muda.

“Selain itu, turut ditawarkan ialah daging lembu yang dijual pada harga RM26/kilogram (kg) berbanding harga pasaran RM32, ayam RM6.49/kg (harga pasaran RM8.50), itik RM8/kg (harga pasaran RM12), serta benih pelbagai jenis pokok,” katanya ketika ditemui pemberita sempena Program Jualan Jimat Belanja Dapur di sini, hari ini.

Mohd Fauzi berkata, program jualan yang bermula seawal pukul 8.30 pagi sehingga 12 tengah hari itu adalah julung kalinya diadakan di Kota Kuala Muda dan mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat. – BERNAMA

Tags: FAMAHarga Barang
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Akmal Saleh Persoal Kenaikan Gaji Minimum Tidak Menyeluruh, Bimbang Harga Barang Naik: ‘Siapa Sebenarnya Yang Akan Bayar?’

Akmal Saleh Persoal Kenaikan Gaji Minimum Tidak Menyeluruh, Bimbang Harga Barang Naik: ‘Siapa Sebenarnya Yang Akan Bayar?’

10/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan cadangan kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000...

Kenaikan Gaji Minimum RM2,000: Netizen Mula Luah Kebimbangan Harga Barang, Kos Sara Hidup Turut Melonjak

Kenaikan Gaji Minimum RM2,000: Netizen Mula Luah Kebimbangan Harga Barang, Kos Sara Hidup Turut Melonjak

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan mulai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd