• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Terpengaruh Berita Palsu Berbaur Hasutan

oleh Ahmad Albab
04/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan isu-isu atau berita palsu yang berbaur hasutan dan kebencian yang sengaja diada-adakan oleh pihak pembangkang menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata ini merupakan taktik yang seringkali digunakan oleh pembangkang dalam menimbulkan kemarahan dan kebencian rakyat kepada kerajaan.

“Mereka (pembangkang) mana ada rasa tanggungjawab, yang penting dapat buat rakyat marah dengan kerajaan, mereka dapat undi, lepas pilihan raya mereka akan hilangkan diri.

“Mereka ni pun bijak, mereka akan sentiasa menggunakan nama yang tidak diketahui bagi mengelak dikesan oleh pihak berkuasa, jadi bila sudah tular mereka tidak akan kena tindakan, yang kena biasanya mereka yang menularkan isu berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Surau Al-Muttaqin di Sekolah Kebangsaan Taman Cempaka, di sini, hari ini.

Nur Jazlan turut berkata tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang membuat berita palsu serta yang menyebarkan berita palsu berkenaan meskipun PRU14 telah berakhir.

“Kita akan pastikan tindakan undang-undang menanti mana-mana pihak yang dikesan menularkan berita-berita palsu bukan saja ketika menjelang PRU14 tetapi juga selepas tempoh berkenaan selesai.

Polis akan lakukan siasatan berkaitan mesej terbabit dan berdasarkan kandungan yang ditularkan itu. Oleh itu saya berharap masyarakat lebih bijak dan tidak mudah terpedaya,” katanya. – BERNAMA

Tags: berita palsuDatuk Nur Jazlan Mohamed
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Naskhah “Al-Quran Abu Bakar” Jadi Tanda Tanya

Next Post

PRU14: Polis Awasi 15 Kawasan Panas Di Pahang

Related Posts

‘Elaun Madani’ Tidak Betul, Palsu – MOF

‘Elaun Madani’ Tidak Betul, Palsu – MOF

26/07/2023
0

Kuala Lumpur : Kementerian Kewangan menafikan 'Elaun Madani' akan diperkenalkan kepada semua kakitangan awam. Ikuti Mynewshub: Telegram Kementerian itu dalam satu...

Pengguna Di Kedah Tak Perlu Panik, Dakwaan Harga Gula Naik Berita Palsu

Pengguna Di Kedah Tak Perlu Panik, Dakwaan Harga Gula Naik Berita Palsu

23/05/2023
0

ALOR SETAR: Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) menasihatkan pengguna di negeri ini supaya tidak percaya berita palsu dan membuat pembelian panik...

Next Post

PRU14: Polis Awasi 15 Kawasan Panas Di Pahang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd