• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Bongkak Dan Ego Krisis Air Selangor

oleh AK-47
24/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diselar agar tidak bersikap bongkak dan ego dalam krisis air bersih terawat di Selangor yang tidak berkesudahan kerana ia melibatkan isu rakyat yang perlu diberi perhatian serius.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata kenyataan Mohamed Azmin bahawa beliau bersedia ‘mencampak’ Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Dr Zaini Ujang ke dalam empangan jika terbukti kerajaan negeri di pihak yang benar berkenaan isu air dilihat tidak menggambarkan kedudukannya sebagai seorang pemimpin yang berkredibiliti.

“Pembangkang hari ini bila dalam keadaan terdesak baru ingin meminta bantuan kerajaan persekutuan untuk menyelesaikan masalah yang timbul termasuk isu air, “ katanya.

Mas Ermieyati, yang juga Timbalan Menteri Pelancongan dan kebudayaan, berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran koleksi tudung Feeza Anggun 2018 yang turut dihadiri Pengasas Feeza Anggun, Nor Afizah Abu, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mohamed Azmin yang ingin ‘mencampak’ Zaini ke dalam empangan berkaitan krisis air di negeri itu ketika berucap di Karnival Himpunan Rakyat di Stadium Malawati, Shah Alam, pada 17 Mac lepas. – BERNAMA

Tags: Datuk Mas Ermieyati Samsudin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mas Ermieyati Umum Sertai Bersatu

13/12/2018
0

MELAKA - Anggota Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, yang juga bekas Ketua Pergerakan Puteri UMNO hari ini mengumumkan...

Kerajaan Disaran Tambah Bilangan Pakar Psikiatri

26/07/2018
0

KUALA LUMPUR - Seorang Anggota Parlimen Bebas mencadangkan agar kerajaan menambah bilangan pakar psikiatri dalam usaha menangani masalah kemurungan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd