• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jadikan Kapit Bandar Pejalan Kaki – Masing

oleh AK-47
01/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAPIT – Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr James Jemut Masing hari ini mencadangkan supaya Kapit dijadikan sebuah bandar pejalan kaki bagi mengelak kawasan ini daripada terlalu sesak dengan kenderaan bermotor di masa depan.

Katanya apabila siapnya jalan Kanowit-Kapit dalam tempoh 30 bulan lagi, Kapit, yang akan dihubungkan dengan bahagian lain di Sarawak, dijangka akan sesak dengan begitu banyak kenderaan dari luar.

Perancangan, kata beliau, perlu dibuat dari sekarang untuk mengelak kesesakan lalu lintas di kawasan bandar.

“Bandar ini seharusnya dijadikan bandar pejalan kaki. Tiada kenderaan lain, kecuali kenderaan perkhidmatan, dibenarkan memasuki kawasan bandar,” katanya ketika berucap pada malis penyerahan dan pelancaran projek pembinaan bangunan letak kereta bertingkat bandar Kapit di sini hari ini.

Masing yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Baleh mencadangkan supaya stesen bas daerah menuju ke Kapit dibina dua kilometer dari pusat bandar dan dari situ, orang ramai boleh menggunakan perkhidmatan van sapu yang sedia ada untuk ke pusat bandar atau kawasan lain.

Beliau turut mencadangkan supaya teksi tidak dibenarkan beroperasi di kawasan itu bagi memastikan pengusaha van sapu memperoleh pendapatan, di samping mengawal jumlah lalu lintas di dalam bandar itu sendiri.

Bagi mewujudkan suasana nyaman dan selesa untuk berjalan di kawasan bandar, beliau mencadangkan Majlis Daerah Kapit untuk merancang landskap manakala tempat letak kereta bagi kenderaan dari luar Kapit pula dibina di sekeliling perbandaran.

Satu lagi cara untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas adalah dengan memperluaskan kawasan bandar sehingga merentasi Sungai Kapit, yang Masing harap pelaksanaannya dapat diterajui oleh sektor swasta.

Pembinaan bangunan letak kereta lima tingkat bernilai RM10.66 juta itu dilaksanakan oleh Aruh Bumi Sdn Bhd dan dijangka siap dalam tempoh 15 bulan.

Ia boleh menempatkan 117 buah kereta dari tingkat bawah hingga ke tingkat empat dan 12 unit gerai makanan dengan kapasiti 40 buah meja di tingkat lima.

Masing kemudian menyaksikan pertukaran dokuman antara Aruh Bumi yang diwakili pengurusnya, James Bilong dan pengerusi Majlis Daerah Kapit Philimon Nuing. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Dr James Jemut Masing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

James Jemut Masing Selamat Disemadikan Jam 2.30 Petang Tadi

03/11/2021
0

BAU: Mendiang Tan Sri James Jemut Masing selamat disemadikan di Nirvana Memorial Park, Jalan Siniawan, di sini, jam 2.30 petang....

Abang Johari Sebak, Pemergian Masing Kehilangan Besar Sarawak

31/10/2021
0

LAWAS : "Saya amat sedih yang mana pagi ini beliau (Tan Sri James Jemut Masing) telah menghembuskan nafas terakhir. Sumbangannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd