• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Larang Guna Stadium Shah Alam Hangat Sidang DUN

oleh Ahmad Albab
27/03/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Isu Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) tidak dibenar menjadikan Stadium Shah Alam (SSA) sebagai venue rasmi Liga Malaysia 2018 mencetuskan perdebatan hangat antara seorang anggota Exco kerajaan negeri dan pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Segalanya bermula dengan soalan tambahan Budiman Mohd Zuhdi (BN-Sungai Panjang) yang ingin tahu perkembangan terkini berhubung kemelut itu.

Ketika menjawab soalan berkenaan, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata FAS tidak pernah menghantar surat kepada kerajaan negeri memohon untuk menggunakan SSA sejak awal 2017 seperti yang didakwa Presiden FAS Datuk Seri Subahan Kamal.

Sebaliknya kata Amirudin, kerajaan negeri hanya menerima satu surat pada hujung tahun lepas memohon penggunaan stadium berkenaan.

“Saya hantar surat balik kepada mereka untuk berbincang. Namun balasan yang diterima mereka tidak mahu berjumpa saya sebaliknya hanya mahu berjumpa dengan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk berbincang,” katanya.

Budiman yang jelas tidak berpuas hati dengan jawapan itu bangkit semula bertanyakan sama ada kerajaan negeri merancang untuk melakukan rundingan dengan FAS bagi menyelesaikan isu terbabit.

Ini kerana katanya SSA adalah ikon utama pembangunan sukan di Selangor dan konflik antara SSA dan FAS tersebut hanya merugikan rakyat Selangor.

“Rakyat melihat isu ini (adalah tentang) bagaimana kerajaan negeri menguruskan ego politik mereka. Nak tanya sampai bilakah kemelut stadium ini akan berlaku supaya pasukan bola sepak Selangor boleh terus bermain di SSA,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan pasukan The Red Giants itu dinafikan untuk beraksi di SSA susulan masalah dalaman antara FAS dengan kerajaan negeri sejak penghujung 2016.

Sejak itu, pasukan bola sepak tersebut terpaksa ‘menumpang’ di stadium lain. – BERNAMA

Tags: Stadium Shah Alam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Proses Roboh Stadium Shah Alam Selesai Pertengahan Tahun Depan

Proses Roboh Stadium Shah Alam Selesai Pertengahan Tahun Depan

06/02/2024
0

SHAH ALAM : Kerja-kerja meroboh Stadium Shah Alam dijangka akan selesai pada pertengahan tahun hadapan. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….....

Bas Rapid KL Terbakar, 8 Penumpang Berdepan Detik Cemas

Stadium Shah Alam Tetap Diroboh Tahun Ini

01/10/2023
0

SHAH ALAM: Stadium ikonik Selangor, Stadium Shah Alam yang boleh memuatkan kira-kira 80,300 penonton itu tetap akan dirobohkan pada tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd