• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Insa, Corbin-Ong Antara 15 Pemain Disenarai Cheng Hoe

oleh AK-47
14/03/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua pemain berdarah campuran dari pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa dan La’Vere Corbin-Ong merupakan antara 15 muka baharu yang akan menjalani sesi latihan pusat skuad Harimau Malaya, bermula Ahad ini.

Menurut kenyataan FAM selain dua pemain itu, Tan Cheng Hoe yang juga pengendali skuad kebangsaan sejak 7 Dis lepas turut memanggil kapten Sabah Rawilson Batuil dan pemain tengah Kedah Muhammad Ariff Farhan Mat Isa bagi melengkapkan senarai 29 pemain.

Selain itu, Cheng Hoe turut menyenaraikan sembilan pemain Bawah 23 (B-23) negara yang membantu Malaysia mara ke suku akhir Kejohanan Bola Sepak B-23 AFC 2018 di China, Januari lepas.

Mereka ialah penjaga gol Muhammad Haziq Nadzli, Akhyar Rashid, Syazwan Andik Ishak, Irfan Zakaria, Matthew Davies, Syahmi Safari, Safawi Rasid, Nor Azam Abdul Azih dan kapten B-23 Adam Nor Azlin.

Senarai terbaharu tersebut menyaksikan Cheng Hoe mengekalkan 14 daripada 23 pemain yang dibawa ke Buriram, Thailand bagi dua perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Korea Utara di Stadium I-Mobile, Buriram pada November lepas.

Malaysia tewas, masing-masing dengan keputusan 1-4 pada dua perlawanan berkenaan yang berlangsung pada 10 dan 13 Nov lalu.

Sembilan pemain yang digugurkan pula ialah dua penjaga gol, Izham Tarmizi Roslan dan Khairulazhan Khalid serta Shahrom Kalam, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Nazirul Naim Che Hashim, Amirul Azhan Aznan, Ahmad Khairil Anuar Zamri, Hadin Azman serta Syamer Kutty Abba.

Latihan pusat yang bertempat di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya itu adalah persediaan skuad kebangsaan bagi menghadapi Mongolia pada aksi persahabatan kelas ‘A’ di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 Mac ini.

Skuad kebangsaan akan berdepan Lubnan pada aksi terakhir Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Camille Chamoun Sports City, Beirut, Lubnan, 27 Mac ini.

Malaysia gagal melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2019 di Emiriah Arab Bersatu selepas menduduki tangga tercorot kumpulan B daripada empat pasukan dengan kutipan satu mata selepas beraksi lima perlawanan.

Senarai 29 pelatih:

Penjaga gol: Haziq Nadzli (Johor Darul Ta’zim), Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (Perak), Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)

Pemain Pertahanan: Muhd Fadhli Shas, Fazly Mazlan, S. Kunanlan, Adam Nor Azlin (Johor Darul Ta’zim), Irfan Zakaria (Kuala Lumpur), Matthew Davies (Pahang), Shahrul Saad (Perak), Kiko Insa (Bangkok Glass-Thailand), Mahalli Jasuli (PKNS FC), Rawilson Batuil (Sabah)

Pemain Tengah: Safiq Rahim, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Afiq Fazail, Natxo Insa, La’Vere Corbin-Ong (Johor Darul Ta’zim),

Akram Mahinan dan Muhammad Ariff Farhan Mat Isa (Kedah), Syazwan Andik Ishak (Kuala Lumpur), Nor Azam Abdul Azih (Pahang), Wan Zack Haikal Wan Nor (Felda United), Syahmi Safari (Selangor)

Penyerang: Ahmad Hazwan Bakri, Darren Lok, Safawi Rasid, Muhammad Syafiq Ahmad (Johor Darul Ta’zim), Akhyar Rashid (Kedah). – BERNAMA

Tags: Corbin-OngInsa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd