• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Tren Laju: Imigresen Malaysia, Singapura Bincang

oleh Ahmad Albab
04/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Immigration & Checkpoints Authority, Singapore (ICA) bersetuju untuk mempertingkatkan kerjasama kedua-dua pihak dalam isu keselamatan dan keimigresenan.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, persetujuan itu dicapai pada Mesyuarat Bilateral Malaysia – Singapura berkaitan Imigresen buat kali ke-5 pada di Bangunan ICA, Singapura, semalam.

“Antara fokus utama perbincangan adalah dalam memudahkan operasi dan pelaksanaan pembangunan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

“HSR Kuala Lumpur-Singapura akan meningkatkan kecekapan rangkaian pergerakan perjalanan,mengukuhkan hubungan ekonomi dan mengeratkan hubungan antara rakyat apabila ia siap kelak,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mustafar berkata, mesyuarat itu turut membincangkan projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang akan beroperasi di Bukit Chagar di Johor ke stesen Woodlands North di Singapura yang dijangka membantu menangani masalah kesesakan di Tambak Johor dan Tuas.

Selain itu, kata beliau, isu-isu sempadan, kawalan pergerakan keluar masuk dan keselamatan juga menjadi fokus utama perbincangan tersebut.

Malah, katanya, kedua – dua agensi itu menyatakan kesediaan untuk bertukar maklumat berkaitan kejadian pembolosan dan pemalsuan dokumen di pintu masuk kedua-dua negara yang berisiko mengancam keselamatan kedua-dua negara.

“Aspek pembangunan kapasiti juga dipertingkatkan dengan program pertukaran pegawai dalam kursus dan kehadiran pegawai di persidangan antarabangsa,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Kereta Api Laju
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawah Maut, Tubuh Termasuk Ke Dalam Jentera Pembajak

Ular Punca Kereta Api Laju Jepun Lewat 17 Minit

17/04/2024
0

TOKYO: Kereta api laju Jepun, Shinkansen menghadapi masalah kelewatan 17 minit berikutan kehadiran seekor ular berukuran 40.64 sentimeter di dalam...

7 Maut, 46 Cedera Dalam Nahas Kereta Api Laju Bertembung Di Ankara

13/12/2018
0

ANKARA - Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala 46 lagi cedera dalam nahas kereta api laju bertembung di Ankara, Turki pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd