• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IKIM Lancar CD Syarahan Dua Ulama Muda

oleh Ahmad Albab
16/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) hari ini melancarkan dua cakera padat (CD) kompilasi syarahan umum dua tokoh ulama muda yang sedang meningkat naik, Sheikh Muhammad Ayman Al-Akiti dan Sheikh Mohammed Aslam.

CD audio pertama bertajuk ‘Daurah Kitab Jawharah al-Tawhid’ itu mengandungi syarahan lengkap kitab Jawharatul Tauhid oleh Imam Ibrahim al-Laqqani yang disyarahkan semula oleh Muhammad Ayman.

Manakala, CD audio kedua bertajuk ‘Prophet Muhammad, The Master Of Love’, menceritakan tentang kehidupan dan sifat-sifat agung Nabi Muhammmad SAW oleh Sheikh Mohammad Aslam dalam bahasa Inggeris.

Ketua Pengarah IKIM Prof Dr Azizan Baharuddin berkata kompilasi syarahan itu bertujuan mengekang fahaman ekstrem dan liberal yang semakin tersebar luas melalui media sosial dan internet.

“Kandungan CD ini bertepatan dengan inspirasi IKIM dalam menangani cabaran pemikiran semasa yang boleh mengelirukan fahaman umat Islam.

“Pengajaran daripada syarahan ini juga amat berguna di zaman keruntuhan akhlak hari ini dan betapa jauhnya umat Muhammad SAW daripada akhlak Baginda yang agung,” katanya ketika berucap pada majlis perlancaran CD itu, di sini hari ini.

Kedua-dua CD itu, mula dijual hari ini pada RM20 seunit dan boleh didapati di laman web, www.ikimniaga.my atau di Bahagian Pemasaran, IKIM di Langgak Tunku, Off Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini. – BERNAMA

Tags: IKIMulama
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ajaran Ahmadi Sesat Dan Bersifat Plularisma Agama – IKIM

Ajaran Ahmadi Sesat Dan Bersifat Plularisma Agama – IKIM

14/03/2024
0

Kuala Lumpur : Biarpun kandungannya banyak memetik ayat al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW, ajaran The Ahmadi Religion of Peace...

Bomba Pantau Lokasi Runtuhan Bumbung Di IKIM

Bomba Pantau Lokasi Runtuhan Bumbung Di IKIM

01/06/2023
0

KUALA LUMPUR :Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terus memantau di lokasi kejadian runtuhan bumbung di dewan di Institut Kefahaman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd