• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Bapa Perlu Dilibatkan Dalam Proses Disiplin

oleh Ahmad Albab
11/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berharap semua pihak berkaitan boleh berbincang berhubung bentuk hukuman yang boleh dilaksanakan terhadap pelajar bagi mengelak kecederaan atau mengalami trauma berpanjangan.

Naib pengerusi kanannya Tan Sri Lee Lam Thye juga mencadangkan supaya ibu bapa dilibatkan dalam proses disiplin dan sentiasa dimaklumkan mengenai kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak mereka.

“Usaha ini bagi mengelak dakwaan bahawa ibu bapa tidak sedar mengenai masalah disiplin melibatkan anak-anak mereka dan bertindak dalam keadaan marah apabila anak mereka dihukum di sekolah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lee mengulas keputusan Kementerian Pendidikan untuk menubuhkan beberapa jawatankuasa bagi mengkaji 23 perkara yang dicadangkan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) untuk dimasukkan dalam Kod Etika Ibu bapa dan Penjaga.

Di bawah kod itu, ibu bapa atau penjaga juga tidak dibenarkan menghantar sebarang mesej bernada mengancam kepada guru atau pihak pentadbir sekolah melalui e-mel, teks, mel suara, telefon atau lain-lain komunikasi bertulis melalui akaun media sosial mereka.

NUTP juga mencadangkan ibu bapa atau penjaga tidak dibenar membawa topi keledar atau benda yang boleh mendatangkan mudarat atas dasar keselamatan.

Lee berkata penggunaan media sosial seperti WhatsApp, Facebook dan Telegram perlu diperluaskan agar pihak sekolah dapat terus berhubung dengan ibu bapa mengenai perkembangan di sekolah dan isu-isu berkaitan pelajar.

Katanya pihak penguat kuasa undang-undang juga perlu membantu sekolah mengekang masalah disiplin melalui penguatkuasaan undang-undang yang berkesan dan kempen kesedaran bagi mencegah penyalahgunaan dadah, gangsterisme dan keganasan.

Kod etika itu penting bagi memastikan agar ibu bapa, penjaga dan anggota keluarga tahu bagaimana untuk berbincang dengan pihak sekolah selain melindungi guru daripada tindakan ganas.

“Ia perlu dilaksanakan secepat mungkin sebagai satu panduan untuk ibu bapa dan penjaga apabila berurusan dengan guru. Pada masa yang sama, ia juga membantu mewujudkan suasana harmoni di sekolah,” katanya. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: ibu-bapaTan Sri Lee Lam Thye
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Kaji Cadangan Tingkatkan Paras Gaji Minima

Next Post

5 Penuntut Malaysia Terlibat Kemalangan Di Ireland

Related Posts

Anak Jadi ‘Burung Hantu’ Sepanjang PKP

04/05/2020
0

KUALA LUMPUR - Kedua-dua anak Mary seolah-olah jadi seperti 'burung hantu' dalam tempoh lebih 50 hari kebelakangan ini dengan berjaga...

Adilkah Bayar Yuran Penuh Taska Sepanjang PKP?

27/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Taska atau pusat asuhan kanak-kanak yang masih meminta bayaran yuran penuh meskipun ibu bapa tidak dapat menghantar...

Next Post

5 Penuntut Malaysia Terlibat Kemalangan Di Ireland

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd