Tuesday, June 18, 2024

Creating liberating content

Video: Nak Swafoto Punya...

SEREMBAN - Aksi dua remaja perempuan yang dirakam 'bersantai' di atas bumbung sebuah...

Wartawan Turki Dipenjara Siar...

ANKARA - Sebuah mahkamah di Istanbul semalam menjatuhi hukuman dua tahun penjara ke...

Lawatan PM Ke Turkiye...

SHAH ALAM - Lawatan sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke...

Perpustakaan Masih Relevan Meskipun...

KUALA LUMPUR – Peranan perpustakaan di Malaysia masih relevan dan akan terus berkembang...

Ibu Bapa Dinasihat Tak Malu, Sembunyi Anak Autisme

JOHOR BAHRU – Ibu bapa di negeri ini dinasihat supaya tidak malu dan menyembunyikan anak yang menghidap autisme bagi membolehkan mereka menerima rawatan serta pendidikan selaras dengan masalah dihidapi.

Presiden Persatuan Kanak-Kanak Autism Negeri Johor, Ruwinah Abdul Karim berkata beliau mendapati terdapat sesetengah ibu bapa yang mempunyai anak autisme merasa malu untuk tampil ke hadapan dan tidak memberi rawatan pemulihan awal kepada anak mereka.

“Perubahan boleh dilihat jika anak-anak autisme ini diberi pemulihan awal, rawatan serta terapi,” katanya selepas merasmikan Johor Autisme Summit 2018 di sini, hari ini.

Beliau berkata setakat ini, terdapat hampir 200 ibu bapa dan anak-anak autisme berdaftar bawah Persatuan Kanak-Kanak Autism Negeri Johor yang mula ditubuhkan pada Jun tahun lepas.

Sementara itu, program yang diadakan tiga hari bermula hari ini itu akan disertai 5,000 peserta termasuk ibu bapa, guru serta agensi berkaitan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam mengenai autisme.

Ruwinah berkata seramai 30 pakar autisme dari Malaysia dan India yang akan membicarakan pelbagai topik termasuk pengetahuan menguruskan kanak-kanak autisme.


Antara kumpulan sasaran yang terlibat ialah guru, ahli perubatan profesional, pelajar, penjaga serta ibu bapa yang berkaitan, katanya.

Beliau berharap ia dapat membantu ibu bapa dan mereka yang terlibat dalam menangani kanak-kanak autisme selain mengesan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran sejak dari peringkat awal. – BERNAMA

Kategori