• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hoki: Malaysia Tewas 1-3 Di Tangan Australia

oleh Ahmad Albab
05/03/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Malaysia terpaksa akur dengan kehebatan Australia apabila tewas 1-3 kepada pasukan terbaik dunia itu pada aksi kedua Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-27 di Stadium Azlan Shah di sini malam ini.

Kekalahan itu menyaksikan skuad negara berada di kedudukan ketiga carta dengan tiga mata hasil kemenangan ke atas Ireland semalam, di belakang Australia dan Argentina, masing-masing mengumpul enam mata penuh selepas dua perlawanan.

Australia bermula garang apabila hanya mengambil masa 10 minit untuk menyumbat gol pertama menerusi Corey Weyer selepas dihadiahkan pukulan sudut penalti.

Tersentak dengan gol itu, pasukan kebangsaan cuba menyamakan kedudukan namun setiap percubaan dinafikan benteng pertahanan Australia.

Pada minit ke-29, Dylan Wotherspoon menjarakkan kedudukan apabila ​​​​​menjaringkan gol kedua skuad Kookaburras menerusi gol padang.

Pada minit ke-33, peluang Malaysia merapatkan kedudukan dinafikan selepas jaringan Razie Rahim dibatalkan pengadil perlawanan.

Aaron Kleisnhmidt menambah duka skuad Malaysian Tigers dengan menjaringkan gol ketiga pasukannya pada minit ke-43 menerusi gol padang.

Lima belas minit sebelum perlawanan tamat, pasukan negara dilihat melipatgandakan asakan yang akhirnya berjaya mendapat satu gol menerusi Marhan Jalil daripada gol padang.

Malaysia dijadual berdepan Argentina pada perlawanan seterusnya, Selasa ini (6 Mac). – BERNAMA

Tags: hoki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan...

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd