• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hilton Rancang Lebih Banyak Jenama Mewah Di Malaysia

oleh Ahmad Albab
23/03/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Jenama hotel global, Hilton merancang untuk memperkenalkan lebih banyak jenama mewah ke pasaran Malaysia pada masa depan, termasuk Canopy dan Conrad, dalam usaha untuk menjadi salah sebuah hotel antarabangsa terbesar di negara ini.

Pengurus Besar Serantau Hilton Malaysia, Jamie Mead berkata, tahun lepas, kumpulan itu telah melancarkan projek Canopy by Hilton di Bukit Bintang yang akan dibuka pada 2021.

Menurutnya, pelancaran Canopy by Hilton mencerminkan komitmen kumpulan dalam membangunkan rangkaian hotel yang mantap di seluruh Malaysia.

“Kami berhasrat untuk menjadi hotel antarabangsa terbesar di Malaysia dalam beberapa tahun akan datang dan untuk mencapainya kami berminat untuk membawa jenama mewah kami Conrad pada masa akan datang,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada pratonton media hotel DoubleTree Resort di sini.

Mead berkata, Hilton terus yakin dengan prospek pelancongan di Malaysia, memandangkan perjalanan perniagaan dan percutian yang semakin berkembang di kalangan pelancong Malaysia dan ASEAN.

“Kami mempunyai saluran pembangunan yang sihat di seluruh Malaysia dan pelan pembangunan yang kukuh yang masih terlalu awal untuk kami dedahkan sekarang.

“Perniagaan hotel kami di Malaysia adalah teguh dan kami menjangka 2018 akan menjadi tahun yang kukuh untuk Hilton di Malaysia merentasi tiga jenama, iaitu Hilton, Doubletree dan Hilton Garden Inn (HGI),” katanya.

Bagaimanapun, Mead berkata, kumpulan itu merancang memperkenalkan dua lagi HGI, iaitu di Chow Kit dan Puchong di Lembah Klang pada suku ketiga tahun ini.

Menurutnya, HGI adalah jenama yang diperkenal kumpulan itu ke pasaran Malaysia tahun lepas dengan pelancaran HGI di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

“Menjelang akhir 2018, kami akan mengendali tiga HGI ketika kami terus menyediakan perkhidmatan hospitaliti kelas dunia dan antarabangsa di Malaysia,” katanya.

Hilton adalah syarikat hospitaliti global yang terkemuka dengan portfolio 14 jenama bertaraf dunia yang terdiri daripada lebih 5,100 hartanah dengan hampir 838,000 bilik di 103 negara dan wilayah. – BERNAMA

Tags: Hilton
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Saman Hilton RM400 Juta Kerana Video Lucah

06/12/2018
0

NEW YORK - Seorang wanita dari Chicago mengemukakan saman terhadap Hilton Worldwide (Hilton) dan menuntut pampasan sebanyak AS$100 juta (RM414.5...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd