• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hentikan Amalan Budaya ‘Curi Masa’ Bekerja

oleh AK-47
13/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Budaya ‘mencuri masa’ bekerja untuk melakukan urusan selain daripada tugasan rasmi di kalangan kakitangan awam mahupun swasta perlu dihentikan segera, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Menyifatkan gejala itu sebagai ‘ponteng terhormat’, baginda bertitah, alasan seperti menziarahi kematian atau melawat orang sakit sering digunakan oleh individu tertentu untuk keluar daripada pejabat.

“Bahkan wujud juga amalan ‘suka meneman’ rakan sekerja yang mempunyai tugas khas di luar menjadi sebab untuk mereka tidak berada di tempat bertugas masing-masing pada waktu pejabat.

“Lainlah jika ada sesuatu musibah atau kematian itu melibatkan ahli keluarga atau mereka yang terdekat, alasan itu bolehlah dipertimbangkan,” titah baginda dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baginda bertitah amanah yang diberikan kepada setiap petugas seharusnya dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, berdedikasi, tanpa berlengah dan betul.

Tuanku Syed Faizuddin merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis turut mengingatkan rakyat agar perkara sunat dan digalakkan dalam agama hendaklah diimbangi dengan keutamaan dan kepentingan awam. – BERNAMA

Tags: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cabaran Globalisasi Tidak Halang Program Penyelidikan UNIMAP

19/11/2018
0

KRAKOW (Poland) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yakin cabaran globalisasi tidak menghalang Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)...

Lahir Lebih Ramai Cendekiawan, Tokoh Akademik

10/10/2018
0

MUSCAT, Oman - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan harapan agar Perlis dapat melahirkan lebih ramai cendekiawan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd