• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hati-Hati, Ramai Dah Ditipu Amoi ‘Scammer’ Ni!

oleh AK-47
08/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HARI ini, inbox Facebook Mynewshub telah menerima ‘kunjungan’ seorang netizen yang meminta kami bantu tularkan seorang wanita yang aktif menipu ramai orang melalui jual beli dalam talian.

Kata pengguna Facebook bernama Shiela Subari itu, scammer bernama Inez Lau Yin Ling itu akan ‘target’ ramai penjual barangan mewah yang mahu mengiklankan barangan mereka melalui portal Mudah.my atau Carousell.

Selain itu, Inez akan mereka cerita sedih kononnya dia baru sahaja pulang dari United Kingdom dan ketika ini tidak mempunyai sebarang akaun bank tempatan.

Si scammer yang licik, Inez Lau Yin Sun.

Setelah berbincang dan bersetuju untuk melakukan urusan jual beli, Inez lazimnya akan minta berjumpa di sebuah kondominium mewah untuk meyakinkan penjual.

Dia juga akan memberikan nombor unit barangan dan nombor slip deposit tunai yang sebenarnya palsu untuk membuktikan pembayaran konon telah pun dibuat.

Shiela yang ditipu ‘hidup-hidup’ dalam penjualan dua bentuk cincin berlian bernilai RM26,900 berasa kesal kerana mempercayai Inez yang pada awalnya dianggap baik dan lemah-lembut.

Laporan polis telah pun dibuat oleh Shiela dan alangkah terkejutnya apabila dia mendapat tahu rupa-rupanya Inez sebelum ini pernah menipu 20 hingga 30 orang lain!

Bukan itu sahaja, malah Inez turut menggunakan nama lain untuk kerja-kerja penipuannya antaranya Nicole Chew Yin Sun.

Tidak terhenti di situ, kes Inez ini juga telah dilaporkan oleh sebuah portal tempatan berbahasa Inggeris, yang melibatkan kes orang lain pula.

Jane Wei Goh telah memuat naik status Facebook dan beberapa keping gambar bukti penipuan Inez terhadapnya dalam satu urusan jual beli kamera DSLR.

Inez telah membuat pertanyaan mengenai kamera tersebut dan bersetuju untuk membeli kamera tersebut pada harga RM6,500.

Setelah menghantar screenshot transaksi pemindahan wang melalui perbankan dalam talian, Jane menganggap Inez benar-benar jujur orangnya.

Namun apabila mereka bertemu di tempat yang dijanjikan, Inez terus melarikan kamera tersebut semasa Jane sedang sibuk memeriksa pemindahan wang ke dalam akaun banknya melalui telefon bimbit.

Jane berasa amat terkilan kerana terlalu mempercayai orang yang hanya dikenali olehnya di dalam talian.

Kata Jane, Inez turut membuat cerita sedih kononnya dia seorang anak yatim, namun rupa-rupanya wanita itu menipu kerana dia masih mempunyai ibu yang memiliki sebuah salun rambut di Sungei Wang!

Walau begitu, Jane masih berharap Inez akan membayar jumlah yang dijanjikan dalam penjualan kamera itu, namun gagal.

Seperti Shiela, barulah Jane tahu siapa Inez yang sebenarnya setelah laporan polis telah dibuat.

Inez rupanya bukan berseorangan dalam melakukan kerja-kerja penipuan itu, tetapi turut dibantu oleh teman lelakinya yang merupakan seorang warganegara Britain bernama Christopher.

Kata Jane, Inez mempunyai rekod jenayah di Melaka pada tahun 2015 yang lalu dan didakwa di bawah Seksyen 415 Kanun Keseksaan kerana jenayah tipu atas kesalahan cuba mencuri sebuah kereta Mercedez daripada penyewanya.

Baru-baru ini pula, Jane mengemas kini perkembangan terbaharu Inez dan Christopher. Dedah Jane, pasangan itu telah dihantar balik ke Malaysia daripada Thailand pada Oktober 2016 atas kesalahan melakukan aktiviti haram.

Kedua-duanya tidak dibenarkan daripada meninggalkan negara ini.

Selain itu, Jane turut mendapati Inez telah lari dari rumah sejak 4 tahun lalu dan ahli keluarganya tidak terlibat langsung dalam aktiviti penipuannya itu.

Dalam pada itu, Jane dan Shiela berharap agar orang ramai berhati-hati dengan Inez dan Christopher dan tidak sekali-kali terperdaya dengan penipuan mereka.

Jika sesiapa mempunyai maklumat mengenai Inez, sila hubungi Inspektor Ismat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi menerusi talian 03-2600-2222. – MYNEWSHUB.CC

Tags: JenayahPenipuan Internetscammer
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Kena Tunggu Sampai Ahad Ni! Baru Air Ada”

Next Post

Video: Selamba Lampias Nafsu Depan Wanita…

Related Posts

‘Scammer’ Menyamar Anuar Zain

‘Scammer’ Menyamar Anuar Zain

13/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Penyanyi Anuar Zain memberi amaran kepada peminat supaya tidak mudah terpedaya dengan pihak yang menyamar sebagai dirinya. IKUTI...

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

31/12/2023
0

Kuala Lumpur : Masyarakat Malaysia sering digambarkan sebagai masyarakat beradab, kaya dengan budi bahasa, bertimbang rasa dan berpekerti mulia. IKUTI...

Next Post

Video: Selamba Lampias Nafsu Depan Wanita...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd