• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Hartanah Malaysia Terus Catat Kemerosotan

oleh Ahmad Albab
26/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Harga hartanah di Malaysia terus mencatatkan kemerosotan dalam suku keempat 2017 memandangkan pasaran masih melakukan pembetulan harga disebabkan senario terlebih bekalan yang kompleks dalam segmen tertentu termasuk penyusutan kemampuan pengguna, kata Kumpulan PropertyGuru.

Indeks PropertyGuruMarket (PMI), yang menjejaki harga hartanah kediaman di Malaysia, menunjukkan penyusutan sebanyak 1.6 peratus dalam suku keempat berbanding dengan penurunan 0.2 peratus pada suku sebelumnya.

Dalam perbandingan tahun ke tahun, harga jatuh sebanyak 3.7 peratus. Kecuali Jun, Julai dan Oktober, bulan-bulan lain pada 2017 menunjukkan penurunan dalam harga merentasi semua kelas hartanah kediaman, kata kumpulan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez, berkata trend penurunan ini adalah sejajar dengan sentimen pasaran semasa serta pembetulan dalam harga ini adalah positif bagi sektor perumahan dalam jangka sederhana dan panjang.

“Trend penurunan telah mula kelihatan pada 2016 dan 2017, jadi ini bukan hal yang menghairankan. Yang penting, ia berlaku secara beransur-ansur sehingga tidak memberikan kejutan kepada pasaran, dan pembeli serta penjual boleh menyesuaikan diri dengan sewajarnya.

“Kejatuhan harga biasanya terkait dengan kepuasan pengguna yang bertambah baik. Malah, kajian ke atas sentimen pengguna kami sebelum ini, menunjukkan kepuasan pengguna ke atas sektor hartanah sudah semakin positif,” katanya.

Menurut kajian sentimen pengguna PropertyGuru yang dikeluarkan pada Januari, kepuasan pengguna telah meningkat kepada 38 peratus, dengan 57 peratus rakyat Malaysia berniat untuk membeli dalam tempoh enam bulan berbanding 52 peratus sebelum ini.

Fernandez berkata kekurangan kemampuan terus menjadi isu utama, ini mewujudkan tekanan kepada tawaran harga.

“Walaupun keinginan untuk membuat transaksi masih kukuh, banyak pembeli hartanah, atau lebih kurang 67 peratus, hanya mampu membeli rumah berharga antara RM300,000 dan RM500,000.

“Tambahan pula, data PropertyGuru menunjukkan tiga daripada empat rakyat Malaysia percaya bahawa pasaran sudah terlebih bekal. Oleh itu, kebanyakan pembeli memilih untuk tunggu dan lihat, terutama sekali pada 2017, khabar-khabar mengenai kedatangan pilihanraya umum semakin kuat,” katanya lagi.

Sejajar dengan trend harga negara, semua pasaran hartanah utama seperti Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang, menyaksikan kemerosotan harga pada suku keempat, 2017.

Di Kuala Lumpur, harga berkurangan sebanyak 1.2 peratus berbanding dengan suku sebelumnya (1.4 peratus). Selangor, Johor dan Pulau Pinang, masing-masing menyaksikan harga menurun sebanyak 2.1 peratus, 0.5 peratus dan 0.2 peratus.

Bagaimanapun, portal hartanah itu berkata lokasi-lokasi utama tertentu merentasi empat pusat hartanah utama masih mengekalkan kestabilan harga.

Di Lembah Klang, lokasi ini merangkumi Sentul dan Bangsar, manakala di utara, Balik Pulau dan Tanjung Bungah di Pulau Pinang masih stabil, katanya.

“Bangsar terletak di lokasi yang matang dengan namanya yang sudah tersohor. Oleh itu, keupayaan pemilik, terutamanya bagi mereka yang membeli hartanah mereka lama dahulu, terus mengekalkan harga mereka,” jelas Fernandez.

Sementara itu, di sebelah selatan Johor, suku keempat menyaksikan harga secara keseluruhan menokok, tetapi lokasi popular seperti Nusajaya merekodkan sedikit kejatuhan, manakala lokasi popular seperti Gelang Patah menunjukkan pergerakan harga yang menaik.

“Ini mungkin disebabkan pengguna-pengguna yang mahu mencari rumah di kawasan alternatif berbanding dengan kawasan yang sudah membangun seperti Nusajaya, Johor Bahru dan sebagainya. Bagaimanapun, memandangkan harga Johor masih lagi tinggi untuk beberapa ketika, berdasarkan tahun ke tahun, harga masih bertahan,” kata Fernandez.

Menurut Kumpulan PropertyGuru, PMI tersebut merupakan gambaran suku tahunan yang komprehensif, yang mencerminkan trend harga rumah pada peringkat kebangsaan, serta pasaran hartanah utama seperti di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

Datanya, jelas, diagregatkan dan diindeks bagi memberi pemahaman mengenai pergerakan harga berasaskan suku tahunan. Indeks berkenaan juga mengambil kira jumlah penawaran hartanah daripada pasaran utama dan penjualan semula. – BERNAMA

Tags: hartanah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rasuah RM33.45 Juta: Bekas Pengerusi Mara Inc Bakal Didakwa

03/02/2021
0

SHAH ALAM - Bekas Pengerusi Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) bergelar Datuk akan didakwa dengan 22 pertuduhan selepas disyaki...

Jho Low Berhasrat Beli Hartanah Di Cyprus – KPN

07/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Polis Malaysia berkata ahli perniagaan buruan Low Taek Jho, yang didakwa melarikan berbilion ringgit dana negara 1MDB,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd