• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hak Milik Hartanah Kini Boleh Semak Dalam Talian

oleh AK-47
20/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebuah sistem carian bersepadu yang membolehkan orang ramai menyemak daftar hak milik hartanah, kebangkrapan dan status syarikat secara dalam talian telah dibangunkan di portal e-Tanah.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sistem itu dibangunkan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) bagi memudah dan menjimatkan masa pemohon untuk menyelesaikan urusan hartanah.

“Prosedur sebelum ini memerlukan pemohon hadir ke mana-mana jabatan yang terlibat hanya untuk menyemak hak milik, status kebangkrapan dan syarikat secara carian berasingan.

Sistem carian bersepadu ini membolehkan pemohon menyemak ketiga-tiga carian tersebut melalui portal dalam talian e-Tanah, sekali gus mengurangkan prosedur bagi pendaftaran hak milik hartanah daripada lapan prosedur sebelum ini kepada lima prosedur sahaja,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan sistem carian bersepadu itu di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini hari ini.

Bagaimanapun, Wan Junaidi berkata sistem yang telah digunakan bermula 15 Mac lepas itu hanya melibatkan urusan hartanah di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai projek perintis sebelum diperluas ke negeri lain secara berperingkat.

“Kita menjangkakan sistem ini akan diguna sepenuhnya oleh semua negeri menjelang 2025 kerana ketika ini kita sedang berusaha mendapatkan perkongsian data daripada institusi terlibat iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Jabatan Insolvensi Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bacaan Pertama RUU Pindaan Hukuman Mati Mandatori Oktober Ini

Bacaan Pertama RUU Pindaan Hukuman Mati Mandatori Oktober Ini

13/09/2022
0

PUTRAJAYA - Rang undang-undang (RUU) pindaan akta hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori dijangka dibaca kali pertama pada 4 Oktober...

Sah Bajet 2023 Dibentang 7 Oktober

Sah Bajet 2023 Dibentang 7 Oktober

26/08/2022
0

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan Bajet 2023...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd