• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guna Kad PR Palsu, 2 Lelaki Warga Indonesia Dipenjara

oleh Ahmad Albab
09/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Dua lelaki warganegara Indonesia masing-masing dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan dan enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menggunakan kad pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR) palsu, hujung bulan lepas.

Majistret Nor Ariffin Hisham menjatuhi hukuman itu terhadap Jubir Lubis, 49, dan Andriansyah, 33, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan secara berasingan.

Beliau memerintahkan mereka menjalani hukuman itu bermula hari ini.

Jubir dan Andriansyah masing-masing didakwa menggunakan MyPR palsu atas nama Kamarul Ibrahim dan Riyanto Paiman sebagai pengenalan diri di sebuah rumah di Pangsapuri Sri Bogania, Jalan 7/15, Bandar Puteri, Puchong, di sini pada 9.30 malam 26 Feb lepas.

Mereka didakwa mengikut Peraturan 25(1)(e), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) dan boleh dihukum di bawah peraturan-peraturan sama yang memperuntuk hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Mohd Zaidi Ibrahim memohon hukuman berat mengambil kira perbuatan kedua-dua tertuduh menggunakan pengenalan diri palsu boleh mengancam keselamatan negara.

“Oleh itu, saya mohon hukuman yang dapat memberikan pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya tidak mengulangi kesalahan itu pada masa akan datang,” katanya.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan mereka mempunyai anak kecil dan menanggung ibu di kampung.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, Jubir dan Adriansyah ditahan pegawai Jabatan Imigresen kerana disyaki menggunakan kad MyPR palsu.

Selepas semakan dengan Bahagian Kad Pengenalan JPN Selangor, kad itu didapati tidak wujud dalam sistem jabatan berkenaan.

Selain itu, Jubir juga memiliki kad anggota RELA dan selepas semakan dilakukan, lelaki itu bukan anggota RELA yang berdaftar secara sah. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Penjarawarga indonesia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd