• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guardini Kembali Semula Gegar LTdL 2018

oleh Ahmad Albab
18/03/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM – Selepas terlepas saingan tahun lepas, pelumba Itali, Andrea Guardini kembali semula untuk mengumpul 23 kemenangan peringkat apabila menjuarai peringkat pertama Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018 yang bermula dari Kangar dan berakhir di Kulim Hi-Tech Park di sini, hari ini.

Bereputasi sebagai pelumba pecut paling banyak memenangi peringkat saingan LTdL sejak 2011, pelumba pasukan Bardiani-CSF itu menamatkan perlumbaan sejauh 147.9km itu dalam masa tiga jam, 29 minit dan 04 saat.

Dalam persaingan sekelompok pelumba menuju ke garisan penamat, kesemua 10 pelumba teratas diberikan masa yang sama.

Tempat kedua di dihuni pelumba Korea Selatan, Seo Joon Yong daripada pasukan KSPO Bianchi Asia Procycling dengan menyandang jersi putih selaku pelumba terbaik Asia manakala pelumba China, Wang Bo (Hengxiang Cycling) memakai jersi Polka Dot, selaku Raja Bukit.

Kemenangan Guardini, yang diberi jolokan ‘Mr Langkawi’, turut menyarung jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan dan juga jersi hijau, selaku Raja Pecut, dengan mengumpul 19 mata di tiga zon pecutan – Kerpan, Alor Setar dan Guar Cempedak.

Pelumba kelahiran Tregnago itu meraih lima kemenangan peringkat pada 2011, enam (2012), satu (2013), dua (2014) dan masing-masing empat kemenangan peringkat pada 2015 dan 2016, selain meraih jersi biru selaku Raja Pecut sebanyak tiga kali iaitu pada 2011, 2012 dan 2016.

Guardini, pelumba berusia 28 tahun itu, tidak menyertai edisi tahun lepas apabila menamatkan penyertaan singkat semusim bersama Team UAE Emirates.

Sejumlah 22 pasukan berstatus Jelajah Profesional Dunia, profesional benua, benua dan pasukan kebangsaan menyertai saingan kali ini meliputi jarak keseluruhan perlumbaan 1,341.2km, membabitkan lapan negeri di Semenanjung Malaysia.

Esok, peringkat kedua saingan dari Gerik ke Kota Bahru melibatkan jarak 208.3km. – BERNAMA

Tags: LTdL
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

BN Yakin Rampas Semula DUN Hutan Melintang – Zahid

Next Post

Pengurus Restoran Makanan Segera Dijumpai Lemas

Related Posts

Belletti Akhiri Kemarau Gelaran Selepas 2 Tahun

25/03/2018
0

MUAR – Pelumba Itali, Manuel Belletti daripada pasukan Androni Giocattoli-Sidermec menamatkan kemarau gelaran selepas dua tahun apabila menjuarai peringkat ketujuh...

Harrif Puas Hati Tamat Kemarau Raih Podium

22/03/2018
0

PEKAN — Pelumba pecut kebangsaan, Mohd Harrif Saleh puas hati kerana berjaya menamatkan kemarau enam tahun untuk meraih kedudukan podium...

Next Post

Pengurus Restoran Makanan Segera Dijumpai Lemas

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd