• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selar Kenyataan Biadab Kit Siang Terhadap Chong Eu

oleh Ahmad Albab
27/03/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Gerakan Pulau Pinang hari ini menyelar tindakan pemimpin DAP Lim Kit Siang yang mengeluarkan kenyataan bahawa mendiang Tun Dr Lim Chong Eu akan menyertai Pakatan Harapan (PH) sekiranya masih hidup.

Pengerusinya Teng Chang Yeow berkata mendiang merupakan ahli politik yang berwibawa, berpendirian tegas dan tidak pernah sesekali membelakangi prinsipnya, justeru Kit Siang tidak layak mengeluarkan komen sedemikian berhubung mendiang.

Beliau berkata kenyataan Kit Siang semalam bukan sahaja tidak menghormati seorang tokoh politik yang sudah meninggal dunia, tetapi juga satu penghinaan kepada rakyat Pulau Pinang yang amat menyanjungi jasa-jasa Chong Eu.

“Sejarah menunjukkan bahawa Tun Dr Lim merupakan seorang yang berpendirian tegas dan walaupun pernah meninggalkan parti MCA, beliau tidak pernah sesekali mencaci mana-mana pemimpin MCA,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Kit Siang mengeluarkan kenyataan bahawa bekas presiden Gerakan itu akan menyertai PH dalam usaha menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah negara yang gagal.

Teng berkata Kit Siang tidak mempunyai sebarang asas moral untuk membuat komen sedemikian kerana sejak beliau berkecimpung dalam politik, kebanyakan masa dan tenaga beliau dihabiskan untuk menumbangkan Chong Eu dalam kempen Tanjung 1, 2 dan 3.

Beliau berkata kempen politik ‘Tanjung 1’ bertujuan menumbangkan mendiang Chong Eu yang ketika itu ketua menteri.

“Kit Siang gagal menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada 1986, namun pada 1990 beliau melancarkan pula ‘Tanjung 2’ dan mendakwa Chong Eu yang ketika itu berusia 71 tahun sudah tua dan tidak lagi layak menjadi ketua menteri,” katanya.

Teng turut mengingatkan Kit Siang agar tidak terus menggunakan nama Chong Eu untuk mencapai agenda politiknya kerana tindakan sedemikian hanya menunjukkan beliau ahli politik yang tidak beretika dan bukan tokoh berwibawa.

Chong Eu yang merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang kedua dari 1969 hingga 1990, meninggal dunia pada 24 Nov, 2010 selepas dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang hampir sebulan kerana serangan angin ahmar. – BERNAMA

Tags: Gerakan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nilai Pasaran Banglo Phang RM2.5 Juta Pada 2008

Next Post

1.53 Bilion Unit Saham Untuk Amanah Saham Zulu

Related Posts

Isu Derma Syarikat Arak: PAS Mungkin Tidak Bersama Gerakan Pada PRU16

Isu Derma Syarikat Arak: PAS Mungkin Tidak Bersama Gerakan Pada PRU16

28/07/2024
1

Kota Bharu : PAS kecewa dengan pendirian dan kenyataan Gerakan yang menyokong isu derma syarikat arak kepada sekolah. IKUTI CHANNEL...

GERAKAN Guna Logo PN

GERAKAN Guna Logo PN

25/10/2022
0

BAYAN LEPAS : GERAKAN akan menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Next Post

1.53 Bilion Unit Saham Untuk Amanah Saham Zulu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd