• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Bekalan Air Bebankan Golongan Miskin

oleh AK-47
09/03/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Gangguan bekalan air di Selangor bukan sahaja menyulitkan urusan harian rakyat, tetapi turut meningkatkan kos perbelanjaan mereka.

Seorang penduduk di flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Sri Nilam di Seksyen 7 di sini, A. Pandian, 49, berkata dia telah membelanjakan kira-kira RM300 bagi membeli air untuk kegunaan 13 anggota keluarganya sejak gangguan bekalan itu berlaku.

Pekerja swasta itu berkata bagi seseorang yang berpendapatan rendah sepertinya, angka itu amat besar.

“Keluarga saya besar, mandi, makan dan minum semua guna banyak air. Lori tangki dari Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) juga saya tidak pernah nampak datang ke kawasan flat saya sejak masalah ini bermula.

“Saya juga ada telefon mereka, tetapi tidak dijawab, jadi bila saya tahu bomba ada datang sini mahu beri air saya datang sini harap m ereka boleh hantar satu tangki air ke kawasan flat saya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tapak pasar malam Seksyen 17, di sini hari ini.

Dia ditemui semasa menghadiri program khidmat pemberian air oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor yang turut dihadiri Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.

Menerusi program itu, sebanyak tiga lori tangki berkapasiti 20,000 liter setiap satu, ditempatkan di Seksyen 17 dan sebuah lori tangki berkapasiti sama dihantar ke Seksyen 7 di sini, atas permintaan penduduk.

Seorang lagi penduduk yang terjejas, Fauziah Ibrahim, 68, berkata hari ini merupakan hari keempat rumahnya keputusan bekalan air menyebabkan dia terpaksa membeli air di kedai runcit dan pasar raya.

“Saya tunggu juga lori tangki Syabas atau Air Selangor (Pengurusan Air Selangor) tetapi tiada. Ada rakan beritahu lori tangki Syabas datang tengah malam tadi tetapi tiada maklumat awal diberikan kepada penduduk di sini,” katanya.

Pada Selasa lepas, Syabas menyatakan beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air sehingga hari ini berikutan kerja-kerja pembaikan di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3).

Bagaimanapun, tempoh pemulihan berkenaan tersasar daripada jangkaan apabila Sistem Mampatan Udara di SSP3 gagal berfungsi dengan baik menyebabkan lima batang paip bersaiz 1,100 mm rosak dengan dua daripadanya pecah serta terpelanting keluar daripada strukturnya.

Hal tersebut menyebabkan 427 kawasan di sekitar Lembah Klang antaranya Shah Alam, Klang, Petaling, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Langat terganggu proses pemulihan bekalan namun dijangka pulih sepenuhnya pada Ahad secara berperingkat.

Sementara itu Noh berkata pihaknya menerima banyak aduan daripada penduduk sekitar daerah ini yang mengadu kehabisan bekalan air.

“Oleh itu hari ini saya mengarahkan JBPM untuk sediakan lori tangki bagi membekalkan air kepada penduduk Shah Alam.

“Selain Bomba Selangor, saya juga meminta bantuan tambahan bekalan air daripada Bomba Pahang dan Bomba Melaka,” katanya.

Menurut Noh, selain membekalkan air kepada orang ramai, pihaknya juga akan membekalkan air kepada surau, sekolah dan hospital di sekitar daerah ini yang memerlukan. – BERNAMA

Tags: Gangguan Bekalan Air
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

10/02/2025
0

IPOH : Gangguan bekalan air yang menjejaskan 50,000 akaun pengguna beberapa kawasan di dua daerah iaitu Batang Padang serta Hilir...

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

13/12/2024
0

GEORGE TOWN - Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd