Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

BN Kesal DAP Mahu...

APABILA Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadikan Langkawi di Kedah sebagai pulau bebas cukai...

Op Selamat: Polis Labuan...

LABUAN - Polis Labuan menyasarkan sifar kemalangan sepanjang Op Selamat yang memberi tumpuan 18 kawasan hitam yang sering berlaku...

‘Kecelaruan’ Isu Permit Kempen...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat menolak usul meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menarik...

Firdaus Wong Dikecam Selepas...

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Firdaus Wong mendakwa menerima kecaman daripada orang ramai selepas mendedahkan bukti daripada mangsa serangan seksual melibatkan seorang pendakwah terkenal baru-baru ini.

Gaji Minimum Penanda Aras Baharu TVET

KOTA BELUD – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata cadangan gaji minimum pekerja mahir lulusan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kepada RM3,500 sebulan merupakan satu penanda aras baharu untuk menggalakkan rakyat Malaysia menceburi bidang pendidikan kemahiran.

Timbalan perdana menteri berkata cadangan itu juga selari dengan pelan jangka panjang untuk menjadi sebuah negara maju dalam tempoh 30 tahun akan datang seperti dihasratkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menerusi Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Bagi merealisasikan visi kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara maju, katanya, negara memerlukan sekurang-kurangan 43 peratus tenaga kerja mahir berbanding 28 peratus pada masa ini.

Justeru, katanya, pewujudan Politeknik Kota Belud adalah antara usaha kerajaan untuk menambah peratusan tenaga kerja mahir sehingga ke 50 peratus menjelang 2030.

“Apabila peratusan tenaga kerja mahir mencapai 50 peratus, Malaysia akan menghentikan pengambilan tenaga kerja mahir dari luar negara,” katanya ketika merasmikan majlis pecah tanah Politeknik Kota Belud sempena majlis Ramah Mesra Bersama Penduduk Kota Belud di Kampung Kesapang di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Menteri,Tan Sri Musa Aman; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, yang juga Ahli Parlimen Kota Belud; Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching.


Politeknik ke-36 di negara ini selepas pembinaan Politeknik Ungku Omar pada tahun 1969, bernilai RM80 juta dibina di Kota Belud di atas tapak seluas 12.14 hektar di Kampung Kesapang.

Politeknik Kota Belud akan menawarkan program Pengurusan Resort dan program berkaitan teknologi minyak dan gas selaras dengan Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0).

Politeknik Kota Belud dirancang untuk menampung kira-kira 500 pelajar pada satu-satu masa. – BERNAMA

Kategori